Rabu, 21 September 2016

DATUK HANS ISAAC SUDAH PELUK AGAMA ISLAM?

Image result for HANS ISAAC

Terkejut Miss K apabila menerima berita tentang penerbit dan pelakon lelaki tinggi lampai Datuk Hans Issac yang didakwa telah memeluk Agama Islam.

Menurut sumber, Hans memeluk agama Islam di sebuah negeri pantai timur pada awal tahun ini.

Miss K pun tidak berapa pasti siapa individu yang berkait rapat dalam urusan hal-hal berkaitan dalam penukaran agama Hans kerana ia masih samar.

Sekiranya ia benar, Miss K menadah tangan syukur kerana sebelum ini pun ada khabar angin mengatakan Hans sedang mendalami agama Islam.

Apa-apa pun hanya Hans ada jawapannya tersendiri sama ada khabar angin ini betul atau pun tidak.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac dianugerahkan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada 6 Februari lalu.

Hans juga pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon wanita terkenal Erra Fazira dan Neelofa tetapi hubungan tersebut tidak kekal lama.

Miss K: Welcome back, Hajjah Neelofa! Touch down sahaja di KLIA pada jam 4.00 petang semalam, belum sempat pulang ke rumah, Neelofa terus bergegas ke Astro untuk bersiap sedia mengacarakan MeleTop. Kagum dengan komitmen kerja yang diberikan oleh Neelofa!

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di gossipmissk@gmail.com ya!

Tiada ulasan:
Write ulasan