DAHLAH PONTENG SEKOLAH, BERLAGAK SAMSENG MENGANIAYA PENJUAL AISKRIM




KES MURID SEKOLAH MENENGAH PONTENG SEKOLAH BERLAGAK SAMSENG MENGANIAYA PENJUAL AISKRIM

Kejadian berlaku petang jam lebih kurang 2.30 Isnin, 26 September 2016 ... Sekumpulan remaja berpakaian lengkap uniform sekolah menengah melepak di kawasan perumahan Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.



Kesemua mereka difahamkan penuntut Tingkatan Tiga SMK Kota Masai (2) yang ponteng sekolah.

Ketika sedang melepak ada seorang penjual aiskrim bermotosikal yang dikenal pasti seperti warganegara Pakistan (berdasarkan pakaian dan raut wajah berjambang). Mereka tahan penjual itu dengan lagak samseng. Siap ada dua tiga orang main pulas handle motosikal dan salah seorang remaja berkenaan bertindak mematikan enjin.

Seorang remaja berbaju merah lari selepas mengambil aiskrim tanpa membayarnya .. dipercayai aiskrim Cornetto (berdasarkan perbualan dia dengan penjual aiskrim

Pelajar yang menggalas beg sandang pula bertindak mencuri satu plastik kon aiskrim tanpa disedari penjual. Kemudian dia bahagikan kon aiskrim kepada rakan-rakannya.

Mohon pihak berwajib ambil tindakan tegas bagi membenteras kegiatan ala-ala samseng kalangan pelajar sekolah ini.

0 comment... add one now