'Camni Ke Menu Makanan RMT?'

Foto - Malaysia Gazette
PASIR MAS - "PPD turun padang, lihat sendiri bagaimana makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang disediakan untuk murid," pinta seorang guru di sebuah sekolah yang enggan namanya didedahkan, lapor Malaysia Gazette.

Beliau sedih melihat menu makanan pagi yang disediakan untuk murid miskin tegar seperti, nasi kosong dengan lauk sosej separuh. Meskipun harga disediakan oleh kerajaan hanya RM2.50 untuk seorang murid, adalah tidak wajar pihak yang diberikan tanggungjawab menyediakan menu seperti itu. 

"Pagi tadi, saya turun ke kantin sekolah. Terkejut melihat makanan yang dihidangkan atas meja tidak terusik. Lalu saya tanya beberapa murid yang ada di situ, mengapa tak makan makanan yang disediakan. Mereka jawab, tiada selera. 

"Kemudian saya mengambil makanan itu dan setelah melihatnya sendiri, barulah saya tahu mengapa murid-murid berkenaan hilang selera untuk makan," katanya. 

Berdasarkan pekeliling Kementerian Pendidikan bertarikh 19 Januari 2016, pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan adalah bertujuan menyediakan makanan yang berkhasiat, yang mengandungi nutrisi seimbang kepada murid bagi membantu mereka memberi tumpuan pada pembelajaran dalam kelas. 

Pihak yang diberikan tanggungjawab perlu menyediakan menu makanan yang mematuhi senarai menu yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Jabatan Pendidikan Negeri dan Jawatankuasa RMT sekolah perlulah membuat pemantuan bagi memastikan semua peraturan dan prosedur kewangan dipatuhi. 



Sementara itu, satu laporan menafikan kemiskinan makanan RMT. Meh baca

Sedih. Geram. Sakit hati. Semua ada.😭😭😭😣😣😣
Mohon kepada yg ternampak kawan-kawan atau saudara mara yg share post ni minta turunkan.
Admin Siakap Keli sendiri dah turunkan post mereka.
Al-kisahnya hari ni bermula UPSR. So ada seorang bapa pelajar juga seorang guru datang hantar anak ke sekolah.
Hantar anak di awal pagi. Masih awal utk pelajar2 kami sampai. So mmg logik lah makanan RMTS masih tidak terusik.
Menu hari ini Nasi Goreng Cina(mengikut menu kementerian), tembikai dan milo. Nasi goreng cina ni penender kami dgn inisiatif sendiri siap tambahkan sosej+colourful egg utk menarik minat budak utk makan. Kalau u guys guru mmg akan tahu yg budak2 susah yg amat nk makan RMTS.
Sedih kami bila benda tak benar disebarkan. Kami terpaksa menjawab dengan pelbagai pihak.
PPD sendiri dah turun. PIBG dah turun. No issue at all!
And please guys. If nampak any post pasal ni,do tag me.
To my RK,sorry tak sempat balas tak sempat oncall. Esok if semua ok will get back to u guys!😭
Dugaan musim exam.

0 comment... add one now