Rabu, 28 September 2016

Bukan Zalim, Ini Keputusan Mahkamah, Terima Dengan Hati Terbuka


Aku ni skeptikal sikit. Tak kisahlah orang nak cakap aku jahat, berprasangka buruk, atau hati hitam. Tadi aku share video SM Faizal ambik anak dari isteri dia dalam mahkamah.

(Video) Netizen Sayu Tonton Video Anak Enggan Berpisah Dengan Ibu Selepas Dapat Perintah Mahkamah
SM Faizal buat macam tu sebab itu arahan mahkamah. Dia yang dapat hak jagaan anak. Bukan si bekas isteri. Itu mahkamah tentukan. Bukan sesaja dia nak ambik. Jadi aku hairan kenapa orang nak cakap SM Faizal ni zalim. Kalau semua benda dah dipersetujui, terima sajalah dengan redha dan rela hati.
Ada yang kesian sebab anak tu menangis. Akak-akak, bebudak ni nangis kejap je. Besok-besok dah dapat Playstation 4, dapat iPhone 7+, tak nangis dah. Dah besor nanti dapat drive Lamborghini Aventador, takde dah nak sedih. Bapak dia tokey kereta kot. Kaya nak mampes. Apa busuk betul hati korang ni tak mau budak hidup dengan bapanya yang mewah. Biarlah dia nak menangis meronta guling-guling dulu pun. Dah namanya bebudak. Bebudak ni ais krim jatuh pun nangis.
Itu keputusan mahkamah. Ada yang kabor mahkamah syariah tak adil. Dalam kes macam ni lazimnya mahkamah akan beri 80% kemenangan kepada si ibu tapi kalau si ibu tak mampu bagi bukti yang dia mampu jaga anak, mahkamah terpaksalah bagi dekat si bapa. Mahkamah ada jugak Majlis Sulh untuk bincang hal-hal pasca perceraian berkaitan kepentingan anak macam lawatan, giliran jagaan, dan lain-lain. Tak tau Majlis Sulh? Korang ni dulu kawin koboi ke? Tak kursus dulu?
Jadi aku syak bekas bini dia mesti ada buat benda tak best hingga mahkamah beri hak jagaan dekat SM Faizal. Mahkamah bukannya bodoh senang-senang nak bagi dekat bapak. Ada la tu sebab dia. Entah-entah ada masalah mental. Lepas tu bekas bini dia raih simpati orang ramai dengan menangis depan talipon sambil peluk anak. Standard drama Melayu la. Aku tak termakan modal air mata ni. Nak lembutkan hati insan serangga berminda kecil macam korang, boleh la. Emosional.
Ni aku dengar bebudak tu akan duk dengan mak dia dah. Tak tau la deme setel macam mana. Aku syak SM Faizal dah buat agreement takkan bagi nafkah kalau bebudak tu pi duk dengan mak dia. Biar bekas bini dia rasa bersalah. Mahkamah dah buat yang terbaik kot untuk anak-anak dia. Lepas ni kalau bini dia meroyan macam Rita Rudaini sebab tak dapat nafkah (tapi gatal nak jaga), aku akan maki hamun cecukup.
Duk pikir orang sekeliling ni keje nak jaga perasaan dia aje. Kalau nak pentingkan perasaan dan naluri, tak payah la ada undang-undang. Buat je semua benda ikut perasaan.

Tiada ulasan:
Write ulasan