Selasa, 20 September 2016

Buat Sekadar Mampu – Tips Jimat Untuk Pasangan Yang Nak Kahwin Tapi Duit Tak Cukup - Puteri Nurfarahain

Sebagai seorang umat Islam, kita digalakkan agar sentiasa bersederhana dalam semua aspek kehidupan. Begitu juga dalam melakukan sesuatu majlis keraikan, hendaklah mengikut kemampuan dan elakkan pembaziran. 

Kalau mampu buat besar-besaran, buat secara besaran tapi kalau tak mampu buatlah majlis sekadar sahaja. Betul tak? Haa kepada bakal pengantin jom baca tips jimat kahwin ni. Apa yang penting dan apa yang tidak penting semasa majlis korang nanti. Jangan ikut trend sangat, yang penting dah halal.

Untuk baju nikah beli kain & jahit


TIPS JIMAT KAHWIN.
– Plan well, survey itu ini dan terhadkan perbelanjaan, jangan buat preparation last minutes.
– Buat ikut kemampuan, kalau mampu buat 10 talam makanan, jemput untuk 10 talam je, tak perlu berlebihan, buat loan bukan jalan yang bijak untuk mulakan kehidupan, takkan anak dah masuk tadika, hutang tak habis lagi. Choose wisely. say NO to loan.
– Baju nikah beli kain and tempah je kat makcik murah2 asalkan cantik, atau beli siap kat jalan tar, kos sewa dan beli lebih kurang je. Lepas nie boleh buat sewa untuk next bride pulak.
– Hantaran dulang, for me tak perlu kot sebab time tunang mestilah dah berdulang-dulang, lepas kahwin belilah ape nak beli bagi hadiah kat suami isteri hihi.
– Pelamin amek yang simple and nice, kalau ada promotion lagi bagus. Untuk tangkap-tangkap gambar.

Photographer ambil yang shoot & burn


– Photographer amek yang shoot and burn, buat wedding album bagai, bukan nak tengok hari2 pon, last2 berhabuk, simpan je dalam hard disk, nak buat frame cuci and buat frame, jimat !
– Duduk dan bincang elok2 dgn family, nak buat yang wajib sahaja supaya tak membebankan kedua-dua pihak. explain well kat family, mula2 mungkin tak faham, jika tak faham juga buat lah perbentangan budget . Islam mudah dan tak membebankan, my parent just nikah and stay for 45years sampai nafas terakhir abah, alhamdulillah..
– Jangan gunakan duit hantaran untuk majlis, please simpan duit, if korang suruh lelaki saving RM10k untuk hantaran, korang patut simpan RM10k juga untuk kenduri belah korang, supaya tak kering selepas kahwin, duit hantaran gunakan sebaik mungkin untuk perabot rumah dan deposit rumah.

Jangan guna duit hantaran untuk majlis, start menabung!


– Jangan terlalu ikut trend dan feeling macam artis, hello back to reality takde orang nak sponsor kau pon hahaha. Yang mak2 jangan ikut cakap orang sampai anak sendiri tercekik, jangan gunakan alasan sekali seumur hidup.
– Duit hantaran bukan hak milik keluarga, duit hantaran khas untuk memulakan hidup baru dan hadiah si suami kepada isteri, ramai yang salah dan menggunakan duit hantaran untuk majlis, end up lepas kahwin sentap duit takde.
– Mak-mak jangan tekan2 anak sangat, kalau makcik yang nak belanja, itu terserah kat makcik, nie paksa anak mengalahkan anak kerja CEO. Kite permudahkan mana yang patut dipermudahkan. Asalkan dah halal :)
A PERFECT WEDDING NOT PROMISE A PERFECT MARRIAGE
share and like jika setuju <3
Ikhlas dari akak yang baru jadi PUAN.

Tiada ulasan:
Write ulasan