Khamis, 22 September 2016

'Boleh Tak Saya Ambil Susu Untuk Anak Buah Saya?'



Terharu membaca perkongsian cerita dari Liyana ini akan projek Gerobok Rezeki yang diusahakannya. Walaupun ada yang kata dunia ini sudah hilang orang-orang yang baik, namun insan seperti Liyana tampil memberikan sinar harapan pada mereka yang memerlukan.

Apa yang menariknya mengenai Gerobok Rezeki ini ialah, mana-mana individu yang memerlukan bantuan, tidak perlu mengisi borang. Cukuplah sekadar mengambil mengikut keperluan.

ALHAMDULILLAH. Sedang saya meletak barang-barang dalam rak, datang seorang lelaki ini bertanya tentang Gerobok Rezeki dan bertanya apakah perlu membuat bayaran di pejabat atau macam mana. Comel! Hehe!

Bila saya kata ianya adalah percuma untuk mereka yang memerlukan, dia pun bertanya,

"Boleh tak saya nak ambil susu untuk anak buah saya?" soalnya.

"Boleh, ambillah bang," balas saya.

"Ambillah gambar saya untuk beritahu pada semua yang menderma bahawa saya mengambil susu ini untuk anak buah saya," pintanya.

"Eh, tak apa. Saya tak perlu ambil gambar sesiapa yang mahu mengambil barang di Gerobok Rezeki ini," sayu pula rasanya.

Namun, dia tetap memaksa saya juga agar saya boleh sampaikan kepada semua yang menderma itu bahawa dia nak ucapkan terima kasih. Allah Allah Allah Jazakallah khair semua!

Kita tidak tahu bertapa bermaknanya bantuan itu kepada mereka yang tidak berkemampuan. Walaupun sedikit sahaja rezeki yang kita sanggup kongsikan, tetapi besar maknanya pada mereka yang menerima.

Gerobok Rezeki Project diinspirasikan oleh NGO #ProjectGerobok & #Humanity

Sasaran kami menyediakan barang makanan asas seperti:

  • Beras 1 kilogram
  • Sardin
  • Bihun
  • Gula
  • Garam
  • Kicap
  • Minyak masak
  • Susu
  • Tepung
  • Pampers
  • Dan lain-lain yang akan diletakkan di gerobok untuk diambil oleh mereka yang memerlukan tanpa perlu mengisi borang dan lain-lain. 


Gerobok ini akan ditempatkan di masjid-masjid terpilih dan Alhamdulillah saya baru saja mendapat keizinan untuk Gerobok Rezeki pertama kami di Masjid Jamek Saad Abi Waqqas Gombak.

Jom sahabat, kita bersama-sama sedekah. Saya akan letakkan barang-barang keperluan di Gerobok Rezeki kita ini nanti. Dalam rezeki kita ada bahagian orang lain. Mudah-mudahan jemaah lain yang ada di sana juga turut menyumbang.  Aaminn. -  Liyana Love Mia 

Tiada ulasan:
Write ulasan