Rabu, 21 September 2016

Beg Kucing, Sanggupkah Anda Pakai?

PERNAHKAH anda terfikir ada orang yang sanggup menghasilkan beg daripada bangkai binatang yang ditemui di tengah jalan?

beg-kucing

Bagi seorang wanita, Claire Hobbs dari Christchurch, New Zealand, dia telah menjadikan seekor kucing yang telah mati sebagai beg.

Idea berkenaan tercetus ketika dia bertembung dengan seekor kucing yang mati dilanggar oleh kenderaan. Claire yang merupakan seorang pengawet binatang, kemudiannya membawa kucing itu ke rumah dan menjadikannya sebagai beg.

Beg kucing berkenaan kini dilelong dalam laman web Trade Me pada harga permulaan RM4,255 termasuk kos penghantaran.

Claire juga menegaskan tidak ada binatang yang dibunuh dalam penghasilan beg berkenaan dan dia hanya menggunakan binatang yang mati secara semula jadi.

Bagaimanapun ramai yang berbelah bagi mengenai beg kontroversi itu.

“Cara pengakhiran yang tidak bermaruah bagi makhluk mulia ini,’’ demikian antara kemarahan yang diluahkan oleh salah seorang pengguna.

Ramai juga yang menggelarnya sebagai menjijikkan namun Claire dengan penuh sopan santun mengingatkan mereka jika mereka memakai barangan kulit, maka ia tiada bezanya.

Dia juga menyatakan betapa terkejutnya dengan jumlah pengguna yang berminat dengan beg tersebut hinggakan dia terpaksa mengambil masa selama sehari untuk menjawab soalan dalam laman web berkenaan.

Tiada ulasan:
Write ulasan