Khamis, 1 September 2016

Ayah terkejut lihat anak dalam video Daesh

CHATHAM-KENT - KANADA. Seorang ayah yakin telah melihat anaknya sebagai salah seorang anggota Daesh yang dipaparkan dalam video propaganda terbaharu kumpulan militan itu.

Ayah terkejut lihat anak dalam video Daesh
Rakaman video tersebut menunjukkan lima budak lelaki menahan lima lelaki dewasa yang dipercayai sebagai pejuang Kurdish.

Terkesima dengan apa yang dilihat, lelaki tersebut yang tidak mahu dinamakan berkata, dia percaya anak lelakinya itu telah dihasut oleh isterinya, Sally Jones yang juga merupakan anggota Daesh.

Difahamkan, pasangan itu telah berpisah dan isterinya, Jones, 47, lari meninggalkan rumah ke Syria dengan membawa anak lelaki mereka, Jojo pada 2013.

Jojo hanya berusia 10 tahun ketika ibunya memisahkan mereka sekeluarga untuk menyertai perjuangan Daesh.

Setelah terpisah selama tiga tahun lamanya, lelaki itu akhirnya melihat anaknya mengangkat laras senjata dalam video propaganda kumpulan itu.

Rakaman video tersebut menunjukkan lima budak lelaki menahan lima lelaki dewasa yang dipercayai sebagai pejuang Kurdish.

Video tersebut turut menunjukkan lima budak lelaki, dipercayai anggota militan Daesh memegang laras senjata dan memberikan ucapan sebelum membunuh pejuang-pejuang Kurdish yang ditahan.

Lelaki tersebut mengakui berasa jijik dengan apa yang dilihat menerusi video terbabit.

“Dia hanyalah budak yang normal. Dulu, dia sering ke taman, bermain dengan serangga. Sekarang saya sudah tidak kenal anak saya sendiri.

“Ini bukan mudah untuk saya, tetapi saya perlu teruskan juga kehidupan saya,” katanya seperti yang dipetik menerusi portal berita Metro.co.uk.

Tiada ulasan:
Write ulasan