Avril Lavigne Sudah Meninggal Dunia Pada 2003?

BENARKAH penyanyi Avril Lavigne telah meninggal dunia pada 2003 dan dia digantikan dengan seseorang yang mempunyai wajah yang sama agar karier muziknya terus berjalan?…hmmm. 


Image result for Avril Lavigne died
Spekulasi berkenaan yang telah kedengaran sejak bertahun-tahun lalu kini muncul semula di saat penyanyi berkenaan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-32 pada Selasa lalu.
Cerita yang dikaitkan dengan kematiannya berbunyi seperti ini, “Lavigne menjadi tertekan selepas album pertamanya diterbitkan dan kematian datuknya turut memberikan tekanan. Syarikat muziknya telah menutup perkara itu dengan mengupah seorang wanita dikenali sebagai Melissa Vandella untuk `menjadi’ Lavigne.”
Peminat Lavigne yang percaya dengan teori berkenaan turut membandingkan wajah penyanyi berkenaan sejak dulu dan kini yang dikatakan tidak sama.
Dakwaan berkenaan kini tersebar menerusi forum di media sosial hinggakan ada yang menyatakan bahawa tandatangan dan suaranya juga berbeza dari dulu.
Teori konspirasi itu muncul semula selepas satu blog telah memuatnaik berita palsu bertajuk `Avril meninggal dunia’ pada Khamis lalu, kononnya penyanyi tersebut meninggal dunia pada pukul 11 pagi, Isnin lepas. –

0 comment... add one now