Isnin, 19 September 2016

Anuar Zain Akhirnya Miliki Akaun Instagram

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Sedetik Lebih Anuar Zain akur dengan peredaran teknologi sosial apabila membuka sebuah akaun laman sosial Instagram sejak 9 September lalu.  



Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, 46, berkata, dia menganggap ia sebagai salah satu cara untuk dia berkongsi cara pembikinan lagu dengan peminat-peminatnya. 

"Saya sudah ada laman sosial iaitu @Anuarzainnetwork yang baharu sahaja saya buka sejak 7 September lalu dan tidak sangka dapat banyak respon dan komen positif peminat. 

"Saya banyak berkongsi tentang proses rakaman lagu yang mana, ramai rupanya peminat saya ingin tahu dan bertanya," ujarnya kepada mStar Online

Akaun yang baharu 10 hari itu kini mempunyai 11 keping gambar itu dan  seramai 1628 pengikut. 

Anuar ditemui pada sidang media pelancaran album terbaharunya berjudul Anuar Zain di Hotel Le Meridien, di sini, Isnin. 

Ditanya tentang pandangannya dahulu yang tidak aktif laman sosial berikutan enggan dikritik, katanya, dia enggan mengambil peduli tentang komen negatif segelintir pihak. 

Katanya, perkara tersebut sudah menjadi lumrah sebagai seorang selebriti. 

"Kalau nak ikutkan tentang kritikan saya sudah biasa, kadang-kadang tengah jalan pun orang cakap saya perasan handsome. 

"Saya tidak kisah, kalau negatif saya tidak akan ambil peduli," ujarnya. 


Album tersebut memuatkan lapan buah lagu iaitu Kembali, Andainya Takdir, Cinta Takkan Berakhir, Karena Aku Cinta, Belahan Hati, Hujan, Kembali Padamu Ilahi dan Selamat Malam.

Tiada ulasan:
Write ulasan