Selasa, 20 September 2016

Along Cham Enggan Komen Lanjut Permohonan Maaf Bekas Isteri

Seolah sudah tawar hati dengan kesilapan yang dilakukan oleh bekas isteri, Along Cham enggan memberikan sebarang komen mengenai tindakan Zila Seeron yang tampil secara terbuka memohon maaf kepadanya dan keluarga mertuanya. Penampilan itu sekaligus merupakan kemunculan pertama beliau selepas sah bercerai dengan bekas suami pada penghujung Ogos lalu.



“Tiada komen,” katanya ringkas kepada Harian Metro apabila ditanya mengenai penampilan pertama bekas isteri didalam sebuah program temubual, juga memohon maaf secara terbuka kepadanya serta bekas keluarga mertua diatas segala kesilapan yang dilakukannya.

Dalam perkongsian itu, Zila turut mendedahkan bahawa dirinya kekurangan didikan agama sejak dari kecil lagi yang juga merupakan sebab terjadinya kesilapan yang dilakukannya. Dalam temubual itu juga, Zila meminta Along halalkan makan minumnya sepanjang bergelar isteri dan mengucapkan terima kasih kerana menjaga anak lelaki mereka Ahmad Danial.

Keretakan perkahwinan diantara Along dan Zila mula disedari ramai apabila sekeping foto bogel menunjukkan Zila bersama dengan seorang lelaki mula tersebar ketika rumah tangga mereka sedang bermasalah. Tidak lama selepas itu, Zila didapati ditangkap khalwat di rumah kekasihnya. Bagaimanapun, Along dan Zila sah bercerai talak satu pada 29 Ogos lalu

Tiada ulasan:
Write ulasan