Ahli Peniagaan Mahu Berpisah Cara Baik & Bertemu Anak-Anak

MANA-MANA kes perceraian suami isteri selalunya kompleks, terutamanya apabila melibatkan anak-anak. 

Mahu Berpisah Cara Baik & Bertemu Anak-Anak

Sejak kebelakangan ini banyak cerita didedahkan tentang perceraian seorang ahli perniagaan ternama yang mana pihak bekas isteri mahu menuntut puluhan, mungkin ratusan juta ringgit sehingga sanggup melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya itu.
Bekas suami pula seorang jutawan yang bersedia membayar nafkah berdasarkan tuntutan agama dan bersedia juga mencadangkan pelbagai bentuk imbuhan untuk bekas isteri agar kes ini berakhir dengan aman dan membawa kebaikan untuk semua, terutamanya anak-anak.
Ahli perniagaan ini hanya mahu perceraian ini berakhir dengan aman, dan beliau telah pun mencadangkan pelbagai bentuk imbuhan yang mampu membuatkan bekas isteri hidup senang. Namun semua itu telah ditolak oleh bekas isteri yang mahu memanjangkan lagi kes.
Kita tertanya-tanya kenapa. Jawapannya mudah, bekas isteri mahu mengikis habis harta bekas suami agar dia dapat teruskan kehidupan mewahnya selama ini. Kemewahan yang dia kecapi itu pula dikongsi bersama keluarganya yang memang terkenal dengan sikap pisau cukur dan tidak pernah berusaha sendiri untuk hidup senang.
Ibu bekas isteri, seorang Datin, juga seperti itu. Selepas ditinggalkan suami pertama, Datin ini bermain cinta pula dengan lelaki kaya lain. Namun jodohnya tidak lama. Dengar berita suami barunya itu tidak tahan dengan perangai isteri sehingga akhirnya bercerai juga.
Adik-beradiknya pula selama ini hidup menumpang kekayaan suami kakak mereka. Tidak perlu bekerja. Apa saja nak diidamkan sudah pastinya akan dapat. Kakak akan sediakan semua tanpa belanja satu sen pun duit sendiri.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Perangai tidak baik isteri ini diketahui hanya oleh mereka yang bekerja atau rapat dengan keluarga ini. Dia sangat pandai ‘cover line’ dan bermuka-muka sehingga apabila pelbagai cerita keluar, dan disokong pula oleh mereka yang pernah bekerja bersamanya, masih ramai yang tidak percaya dan menganggap semua cerita itu fitnah.
Pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Jika dia betul, kenapa tiga peguam yang sepatutnya mewakilinya dalam kes cerai ini menarik diri? Sepatutnya setiap peguam bermimpikan klien seperti bekas isteri ini. Yelah, janda kaya yang bakal dapat jutaan ringgit daripada bekas suami. Namun, ketiga-tiga peguam yang hebat dan ternama ini menarik diri. Mungkin mereka tidak mahu bersubahat dalam satu konspirasi yang sangat jahat?
Pelbagai helah dia lakukan sewaktu masih bergelar isteri. Dia sanggup membayar penyiasat persendirian untuk mengekori gerak-geri suami. Pejabat suami pula dipasang dengan macam-macam alat peranti agar pergerakan dan percakapan suami diketahui dari jauh. Selain itu, kawan-kawan rapatnya diletakkan di pejabat suami sebagai kakitangan pejabat.
Berjuta wang syarikat lenyap begitu sahaja. Arwah bapa kepada ahli perniagaan ini sudah lama tahu perangai menantunya ini sehingga sebelum dia meninggal dunia, dia keluarkan interim notice bahawa syarikat akan diserahkan kepada adik ahli perniagaan tersebut. Arwah bapa tahu apa yang akan terjadi sekiranya anak sulungnya jadi bos, kerana anaknya itu ada lagi seorang ‘bos’ yang akan mengikis segala wang syarikat yang lebih 30 tahun dikumpulkan!
Ternyata benar belaka segala yang ada dalam fikiran arwah bapa. Bayangkanlah, bil peguam isteri pun dihantar ke rumah bekas mertuanya!
Kemudian keluar pula kontroversi kononnya dia dipukul, sehingga turun naik mahkamah. Dengar cerita, isteri pemegang tali pinggang hitam. Takkanlah senang dipukul?
Kes pukul ini hanyalah helah untuk menghalang suami dari berjumpa anak-anak. Bila sudah digembar-gemburkan di media dan media sosial, maka ramailah yang menghulurkan simpati dan menggelar suami sebagai seorang lelaki yang gemar memukul perempuan.
Masyarakat memang secara automatik akan menyebelahi pihak perempuan apabila dirinya dicederakan, walaupun kadang-kala pihak perempuan sendiri yang hilang akal pertimbangan dalam menguji kesabaran lelaki. Sukar dipercayai cerita ahli perniagaan ini sesuka hati memukul isteri kerana ramai yang tahu cerita sebenar dalam perkahwinan mereka. Tanya saja bekas pembantu rumah, bekas kakitangan syarikat dan mereka yang pernah berurusan dengan isteri tersebut. Kesemuanya mengadu perangai beliau sangat teruk!
Adakah kita lebih bersimpati kepada satu pihak yang tidak mahu kes ini berkahir dengan aman, atau kepada pihak yang telah pun menawarkan pelbagai bentuk harta dan kesenangan untuk isteri kerana mahu semua ini berakhir agar dia dapat berjumpa anak-anaknya?
Pihak pertama mahu puluhan, malah mungkin ratusan juta ringgit agar dia dapat ‘kongsi’ dengan seluruh keluarganya yang malas bekerja. Pihak kedua, iaitu suami, hanya mahu meneruskan hidupnya dengan aman agar dapat kembali fokus kepada syarikat, dan dapat berjumpa dengan tiga orang cahaya mata beliau yang sangat dia rindui.

0 comment... add one now