Selasa, 6 September 2016

'Abang Pergilah Kerja Balik, Dah Cair Telinga Saya Asyik Dengar Abang Membebel Setiap Masa'


Saya bekerja di bank. Kalau dah nama kerja bank, memang selalu kerjalah jawabnya. Hari biasa, keluar rumah jam 7 pagi. Balik rumah, jam 8 malam. Hari minggu pula, kena kerja sehingga tengah hari. Isteri saya tak bekerja, jadi dialah yang menguruskan semua urusan rumahtangga kami. 

Bila saya semakin kerap balik lambat dan hujung minggu pun perlu bekerja, isteri mula rasa tak sedap hati. Dia menyangka saya ada perempuan lain. Isteri tidak tahu bahawa saya sangat sibuk dengan kerja sampai nak tengok perempuan pun tak sempat. Tapi kalau setakat jeling-jeling itu sempatlah. Lagi-lagi freshie. Hahaha!

Jadi, bila isteri asyik memantau semua tingkah laku saya, bimbang kalau ada sebarang perubahan apa-apa, saya pun membuat keputusan untuk mengambil cuti mandatori selama lima hari. Ambik kau! Biar saya luangkan masa di rumah selama lima hari. 

Saya bawa keluarga pergi berjalan-jalan. Bukan pergi ke tempat mahal pun, sekadar bawa ke taman, mall dan sewaktu dengannya. Dalam masa lima hari itu, anak-anak memang nampak gembira sangat. Isteri pun turut gembira sebab tak perlu masak. Saya belanja makan di luar. 

Masuk hari ketiga, saya dah tak keluar ke mana-mana. Pokailah kalau setiap hari nak keluar. Isteri kata tak mengapa, asalkan saya ada meluangkan masa dengan keluarga. Tetapi saya tak tahu pula anak-anak saya ini buas tahap Shin Chan. Bayangkanlah, isteri baru saja kemas rumah, bersih semua, tiba-tiba anak pergi ambil coklat. Dimakannya sampai comot muka, sambil tergelak-gelak dengan adik dia. Saya yang tengok ini apa lagi, membebellah. Terpaksa kemas sekali lagi. 

Dalam sehari, ada dalam empat kali isteri saya kena kemas rumah dan empat kali itu jugalah saya membebel. Padahal isteri saya rileks saja. 

"Biasalah tu bang, rutin harian budak-budak ni," kata isteri. 

Sehinggalah hari kelima, isteri saya dah tak tahan mendengar saya membebel setiap saat pada anak-anak, dia pun beritahu. 

"Abang pergilah kerja balik. Saya dah tak fikir bukan-bukan dah aih. Dah cair telinga saya asyik mendengar abang dok membebel saja setiap masa," katanya. 

Hahahaha! Itu sajalah nak cerita. 

Wahai para isteri di luar sana, kalau ada yang berlakikan suami yang kerja bank, percayalah pada dia kalau dia selalu balik lambat atau kena kerja pada hujung minggu. Itu sudah menjadi adatnya. Isteri dok merepek suami kena kerja, bila dapat bonus, reti pula nak menempel seperti anak kucing. Last-last bonus suami semua isteri yang rembat. Hahaha!

Tetapi, satu saja nak cakap, saya respectlah dengan surirumah sepenuh masa ini. Selama ni isteri saya asyik membebel tak pernah ada masa rehat untuk dia. Saya ingat dia saja cakap lebih-lebih. Tetapi bila saya tengok depan mata sendiri, memang betul weh! Isteri saya tungtang-tungtang buah kerja. Nak tengok televisyen pun tak sempat. Kejap-kejap bangun buat itu, kejap-kejap bangun buat ini. Nak berak pun anak nak masuk ikut sama. Hahaha!

Jadi sayang, dengan ini abang umumkan bonus tahun depan abang bagi up sikit naa! Sayang dapatlah 60%. Yang lagi 40% itu abang buat saving anak-anak. 

Sukalah tu. Malam ini kasi 'hadiah' ye. Auumm! - Kisah Rumah Tangga |

Tiada ulasan:
Write ulasan