Abah, duit raya kami sudah habis. Bila nak balik?

Kuala Lumpur: “Abah, duit raya kami sudah habis. Bila nak balik?” itu ayat ingin disampaikan Nur Imanina Batrisya Mohd Faiz, 17, kepada bapanya, Mohd Faiz Shabudin, 45, yang meninggalkan mereka tiga beradik bersama ibu sejak 12 Ogos lalu.



Nur Imanina bersama dua adiknya, Muhammad Hakeem, 13, dan Nurelina Ibtisam, 11, terpaksa menggunakan simpanan duit raya untuk menampung perbelanjaan sekolah seperti dipesan bapa mereka sebelum meninggalkan rumah.

“Abah cakap dia pergi kerja dan akan masukkan duit dalam akaun, tetapi dia menghilangkan diri tanpa dapat dihubungi.

“Dia hanya suruh gunakan duit raya yang kami simpan untuk perbelanjaan. Itu sahaja pesanan terakhirnya,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini, semalam.

Orang ramai mempunyai maklumat mengenai Mohd Faiz boleh menghubungi isterinya, Nur Azida Mohd Kamil di talian 018-9669366 atau balai polis berdekatan.

0 comment... add one now