Selasa, 6 September 2016

'4 Sept Kita Sepatutnya Disatukan, Tetapi Awak Berubah...'



Tinggal dua minggu lagi mereka hendak disatukan, namun si lelaki tiba-tiba berubah. Entah di mana silapnya. Penantian dan kesetiaan dibalas dengan perkhabaran yang tidak menggembirakan. Segala persiapan terpaksa dibatalkan kerana si lelaki sudah tidak mahu bersama. Sedih baca luahan gadis ini. 

4 September 2016 - Awak, sepatutnya ini tarikh kita disatukan. Hari ini, 3 September 2016. Tak apa awak, saya redha dengan semua keputusan awak. Mungkin ini yang terbaik untuk awak dan saya, terbaik untuk kita semua. 

Saya pasrah dengan semua ini. Lagi dua minggu nak bernikah, awak tiba-tiba berubah. Awak suruh saya tunggu awak balik. Dua minggu itu, awak langsung tak mencari saya. Saya bersabar saja sebab mak awak, kakak awak dan abang awak suruh saya tunggu awak balik. 

Tetapi saya tak sangka pula kesetiaan saya menunggu awak pulang dari Sarawak dibayar dengan kepulangan awak bersama orang baru. Tipu kalau saya kata saya tak kecewa.

Awak lain sangat tadi, awak bukan seperti yang saya kenal sebelum ini. Saya tak salahkan awak sebab saya tahu awak tak sedar apa yang awak buat sekarang. Saya pun tak salahkan perempuan Sarawak itu sebab mungkin dia dirasuk syaitan dengan sengaja memusnahkan semuanya. 

Sedih sangat bila mak awak peluk saya menangis tak nak lepaskan saya tadi. Terima kasih untuk segala keindahan yang pernah hadir bersama awak sebelum ini.

Saya tahu kalau awak jodoh saya, pasti awak akan kembali. Semoga Allah akan sentiasa pelihara awak kembali seperti dulu. 

Untuk kawan-kawan yang sudah diundang ke majlis perkahwinan pada 10 September 2016, dukacita memaklumkan. 

Yang buruk dari saya, yang baik datang dari Allah SWT. Wassalam. - Gelas Sopak

Itulah orang-orang tua kata, mereka yang bertunang atau bakal berkahwin ini, 'berdarah manis' sepatutnya pandai menjaga diri. Di saat-saat seperti inilah keimanan mereka diuji. Jika teguh, selamatlah hubungan yang dibina. Jika sebaliknya, pasti merugikan banyak pihak. Moga jadi pengajaran kepada yang lain. -

Tiada ulasan:
Write ulasan