'3 Kali Anak Saya Kena HFMD Gara-Gara Ibu Bapa Lain Yang Pentingkan Diri'

Bila anak terkena jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD), ia bagaikan mimpi ngeri buat ibu bapa. Mana tidaknya, bintik-bintik kemerahan itu muncul di tiga bahagian badan tersebut. Lebih memeritkan bila terlalu banyak ulser di dalam mulut si kecil.  



Seperti yang berlaku pada Aqil, anak kepada Hani Mynis, yang telah dijangkiti HFMD buat kali ketiga dalam tahun yang sama. Namun, kali ini kesannya lebih lama. 

Meskipun tidak pasti dari mana punca jangkitan, namun Hani tidak menolak kemungkinan anaknya mendapat jangkitan itu dari taska. 

"Ada segelintir ibu bapa yang sangat degil dan mementingkan diri. Dah tahu anak sakit kena HFMD, bawa juga pergi taman permainan, indoor playground, hantar anak ke pengasuh/taska, main di shopping complex. Ignorant selfish! 

"Setiap budak reaksinya terhadap virus penyebab HFMD mungkin tidak sama. Tetapi tolonglah. Itu belum tengok lagi ulser dalam mulut dia, umpama mimpi ngeri okay. Anak nak makan, menangis.

"Saya jarang nak muat naik status seperti mak meroyan dalam Facebook ini. Tetapi agak-agaklah, ini sudah kali ketiga dalam tempoh setahun serta kali ini adalah yang paling teruk sekali. Saya terpaksa mengambil cuti seminggu kuarantin mak dengan anak sekali di rumah ini. 

"Ada sesetengah ibu bapa yang selamba saja bawa anak keluar atau hantar ke taska sampai budak-budak yang lain pun turut terjangkit sama. Penyakit ini berjangkit tahu tak, berjangkit. 

"Sungguh saya tertekan sekarang. Setiap kali dia jerit sakit mulut sampai gigit tangan sendiri, setiap kali itulah saya sedih. Tolonglah jangan jadi ibu bapa yang pentingkan diri. Kalau anak kena HFMD, kuarantin dan duduk di rumah sehingga sembuh sepenuhnya." katanya.

Ibu bapa perlu beringat bahawa, HFMD adalah penyakit berjangkit yang mudah tersebar melalui sentuhan dan udara. Jika anak yang belum sembuh sepenuhnya, usahlah dihantar ke pusat jagaan terutamanya. Jika ia berjangkit pada kanak-kanak lain, secara tidak langsungnya anda telah mendatangkan kesusahan pada ibu bapa kanak-kanak lain yang terpaksa mengambil cuti seminggu untuk menjalani proses kuarantin.

Sudahlah cuti terhad, cuti untuk diri sendiri pun tak ada. Semua cuti dihabiskan untuk menjaga anak yang sakit.  

0 comment... add one now