Rabu, 24 Ogos 2016

Yuna Pertahankan Kerjaya Di Luar Negara, Enggan Impian Musnah

Berikutan video parodi lakonan Jihan Muse dan juga Syuk Balas baru-baru ini, penyanyi, Yuna menyuarakan rasa kecewa dengan perkara tersebut selain menyifatkan parodi tersebut bersifat perkauman apabila Syuk menggelapkan wajahnya.



Bagaimanapun ada pihak yang menyifatkan Yuna tidak boleh disentuh apabila menyuarakan kebimbangannya itu. Tidak mudah melatah, Yuna mempunyai jawapan sendiri terhadap isu berkenaan.

“Saya bukanlah seorang yang untouchable kerana sebelum ini pun mereka pernah menyiarkan video parodi saya. Bagaimanapun saya tidak pernah marah, selain menganggapnya sebagai sesuatu yang melucukan”

“Tetapi, apabila mereka memaparkan babak pelakon komedi Syuk Joras (SJM) yang digelapkan wajahnya seolah-olah Usher, itu saya tak boleh terima. Bayangkan saya di sana seorang diri. Bagaimana kalau perkara ini diperbesarkan, pasti saya yang akan menanggung akibatnya”

“Saya berusaha keras untuk berada pada kedudukan sekarang dan kalau boleh saya tidak mahu perkara seperti ini memusnahkan segala impian saya,” jelasnya kepada BH Online. Tambah Yuna, dia berharap masyarakat memahami situasinya sebagai penyanyi yang mencari rezeki di negara luar.

Tiada ulasan:
Write ulasan