Khamis, 25 Ogos 2016

[Video] Seks Luar Tabii Di Maahad Tahfiz Darul Barakah, Ini Penafian Sebenar Oleh Ustaz Kazim Elias

Baru-baru ni kecoh pasal kes pencabulan seks luar tabii pada budak tahfiz. Sampai repot polis dibuat dan siasatan sedang dijalankan. Dulu dah kecoh pasal pedofil, dan berleluasanya perkara tu dalam kalangan segelintir masyarakat, lepas tu ada pulak kes animasi kanak-kanak berbentuk seks. Hadoi, memang makin teruk zaman sekarang ni.
Ada yang kata kes tu berlaku di Maahad Tahfiz Darul Barakah yang dimiliki oleh penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias. Biar betul? Setelah bermacam spekulasi dibuat, kali ni beliau tampil menafikan sekeras-kerasnya perkara tu. Jom baca!

Pencabulan seks luar tabii tak berlaku


Menurut kenyataan Datuk Ustaz Kazim Elias, Maahad Tahfiz Darul Barakah dilengkapi dengan kamera litar tertutup CCTV di setiap kawasan dan peluang untuk kejadian seumpana berlaku itu hampir tiada.
“Kita sendiri ada pemantau di kalangan pelajar yang kita pilih untuk melihat, memerhati. Respon daripada sekolah, tahfiz kita ini sejak 2009 sampai sekarang 2016 tidak ada kejadian yang macam itu. Kemudian kalau ada pelajar-pelajar yang katakan ia berlaku, dibawa keluar (buktikan). Saya rasa tidak ada pelajar yang sebegitu melainkan mungkin ada orang tidak puas hati,”
Kalau siasatan polis kata tak benar, maknanya ada cubaan jahat yang cuba nak jatuhkan dan burukkan nama baik Datuk Ustaz Kazim Elias. Apapun, kena tunggu laporan siasatan dari pihak PDRM dulu.
Sumber: Astro Awani

Tiada ulasan:
Write ulasan