Khamis, 4 Ogos 2016

(Video) 'Dia Kencing Atas Kaunter Pula...'

TAIWAN - Tindakan seorang wanita kencing di atas kaunter yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis, tersebar di laman sosial, cetus pelbagai reaksi netizen. 




Lapor Apple Daily, kejadian itu berlaku pada awal minggu ini di FamilyMart menunjukkan seorang wanita bertelagah dengan seorang kakitangan lelaki premis berkenaan.

Namun secara tiba-tiba wanita terbabit menyedari dia perlu membuang air kecil. Kakitangan terbabit cuba menghalang dan menawar untuk membawanya ke tandas. Namun wanita itu tidak mengendahkan dan terus melompat ke atas kaunter, melondehkan seluarnya dan bercangkung melepaskan air kejinya itu. 

Enggan menyaksi perbuatan jijik dan terkena tempias air keji itu, kakitangan itu segera menjauhkan diri. 

Berdasarkan video, wanita terbabit menadah air kencingnya di dalam bekas minuman yang kemudiannya diminum dengan selamba. 

Tiada ulasan:
Write ulasan