Rabu, 24 Ogos 2016

(Video) 'Dah Berani Masuk Sekolah Cabul Murid Perempuan'


DUNGUN - Seorang murid perempuan tahun dua di Sekolah Kebangsaan Batu 48, dilaporkan dicabul oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dalam stor sekolah, lapor Harian Metro

Kejadian itu hanya diketahui oleh ibu murid terbabit setelah dimaklumkan oleh guru kelas anaknya melalui pada jam 2.30 petang, hari yang sama. 


Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik oleh laman 'Viral Boh', lelaki berusia 20'an berpakaian biasa itu masuk ke dalam sekolah dan mengekori mangsa dari belakang. Tidak lama kemudian, lelaki itu beredar dan diikuti oleh kanak-kanak terbabit. Selang beberapa minit kemudian, kelihatan mangsa melarikan diri. 

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Ab Aziz Wan Hamzah, mangsa memberitahu bahawa dia telah didukung oleh lelaki terbabit masuk ke bilik stor.

Namun, mangsa kemudian menjerit menyebabkan lelaki itu melepaskannya dan melarikan diri. 

"Rakaman CCTV menampakkan wajah lelaki berkenaan dan guru kelas mangsa menyuruhnya membuat laporan polis. 

"Hasil siasatan yang dijalankan, polis berjaya mengenalpasti identiti lelaki itu dan kini sedang giat mengesan dan menangkap suspek," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Tiada ulasan:
Write ulasan