Jumaat, 26 Ogos 2016

Usung mayat isteri sejauh 12KM, hospital tak sedia ambulans

BHAWANIPATNA - INDIA. Seorang lelaki di India mengusung mayat isterinya sejauh 12 kilometer selepas pihak hospital didakwa gagal menyediakan ambulans untuk membawa mayat pulang ke kampung mereka.

Usung mayat isteri, hospital tak sedia ambulans

Isteri Dana Majhi, Amang, 42, meninggal dunia akibat batuk kering di hospital daerah di bandar Bhawanipatni.

Kata Majhi, jarak antara hospital dengan kampungnya adalah sehingga 60 kilometer dan dia tidak mampu menyewa kenderaan untuk membawa pulang isterinya.

Keadaan yang mendesak menyebabkan dia terpaksa pulang dengan mengusung mayat isterinya ke kampung mereka dengan ditemani  anak perempuan 12 tahun mereka, Chaula.

Bagaimanapun pegawai kanan perubatan hospital, B Brahma menafikan dakwaan tersebut.

Jelas Brahma, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk tidak menyediakan ambulans bagi penghantaran pulang mayat Amang dan hanya sedar mayat tersebut hilang keesokan harinya.

"Wanita itu telah dimasukkan ke hospital pada hari Selasa dan meninggal dunia pada malam yang sama. Suaminya menghilangkan (membawa pulang) mayatnya tanpa memaklumkan mana-mana kakitangan hospital," katanya.

Majhi bagaimanapun menyanggah dakwaan tersebut dan menegaskan dia terpaksa berjalan kaki pada keesokan harinya dengan mayat Isteri pada bahunya selepas kakitangan hospital memintanya untuk membawa pulang mayat isterinya.

“Saya terus merayu kepada kakitangan hospital menyediakan kenderaan untuk membawa mayat isteri saya, tetapi tidak berjaya. Oleh kerana saya seorang yang miskin dan tidak dapat menyewa kenderaan peribadi, saya tidak ada pilihan selain mengusung isteri saya sendiri pada bahu saya," katanya.

Majhi dikatakan  berjalan sejauh 12 kilometer sebelum orang sebuah ambulans akhirnya tiba memintas perjalanan beliau dan membawa pulang mayat tersebut ke kampung mereka.

Difahamkan, ambulans tersebut tiba selepas campur tangan orang ramai yang menyaksikan keadaan mereka sekeluarga.

Tiada ulasan:
Write ulasan