Sabtu, 6 Ogos 2016

Tips Berkesan Dapat Anak Lelaki , Silalah Cuba

Orang kata pemakanan yang diamalkan oleh ibu ketika merancang kehamilan boleh mempengaruhi apa jantina anak dalam kandungannya. Benarkah? Secara tradisionalnya, memang orang tua-tua ada berkongsi petua semula jadi  tersebut.

Namun, secara saintifiknya  ia juga telah dinyatakan tentang kuatnya pengaruh makanan dalam membentuk jenis jantina anak. Apa yang dimakan oleh ibu mempengaruhi jantina bayinya.
Mahu lelaki atau perempuan? Hasil kajian yang dilakukan oleh Scientists at Oxford and Exeter Universitiesterhadap 740 wanita, mendapati wanita yang mengambil makanan tinggi kalori ketika proses ovulasi cenderung untuk hamil anak lelaki.
Dalam kajian tersebut, pola pemakanan wanita dicatat dalam tempoh masa setahun. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kalori tinggi, sederhana dan rendah. Sebanyak 56 peratus wanita yang mengambil makanan tinggi kalori berjaya melahirkan bayi lelaki dibandingkan dengan ibu yang makan makanan berkalori sederhana dan rendah.
Pakar yang melakukan kajian tersebut juga dapat membuktikan bahawa ramai wanita yang makan  pisang dalam kuantiti yang banyak berjaya melahirkan bayi lelaki.
Pisang mengandungi jumlah kalori yang tinggi, jadi benarlah petua tradisional yang mengatakan jika hendak anak lelaki, banyaklah makan pisang sebelum melakukan hubungan seks dengan suami. Bahkan banyak minum susu sebelum mengandung juga dikatakan kemungkinan besar mendapat anak lelaki adalah tinggi.
Ini pula beberapa tip yang boleh diamalkan untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan.
(Sumber info: www.ibuzarith.com)
Tip mendapatkan anak perempuan

1. Menurut the Shettles Method yang dipelopori oleh Dr.Landrum Shettles pada tahun 1960, sperma X-Kromosom (perempuan) bergerak lebih lambat dan hidup lebih lama berbanding Y-kromosom(lelaki).
Oleh itu cuba lakukan hubungan intim sebelum waktu subur wanita iaitu dua atau beberapa hari lebih awal.

2. Elak mengambil makanan bergaram dan juga garam kerana garam akan membunuh peluang mendapat anak perempuan.

3. Elak mengambil buah-buahan segar, bayam, tomato, coklat, kopi dan teh.

4. Banyakkan pengambilan susu dan produk tenusu seperti keju, yougur dan kekacang.

5. Banyakkan pengambilan kalsium dan magnesium.

6. Ambil makanan yang bersifat berasid seperti bertih jagung, krim keju, prun, pastri, pasta, jeruk, jus buah.

7. Lakukan hubungan intim pada waktu siang hari.

8. Amalkan membaca Surah Maryam sebelum kandungan mencecah 3 bulan.

Tip mendapatkan anak lelaki

9. Oleh kerana jangka hayat Y-kromosom yang membawa gen lelaki ini lebih pendek, maka pilihlah teknik bersama yang dapat mendekatkan alat reproduksi suami dengan rahim isteri supaya sperma dengan Y-kromosom dapat berenang dengan pantas dan bertemu dengan telur isteri.

10. Elakkan makan makanan bersifat asid kerana ia akan membunuh sperma lelaki. Amalkan makanan bersifat alkali seperti epal, tomato, cendawan, nenas, aprikot, pisang, teh hijau, brokoli, betik, asparragus dan banyak lagi seminggu sebelum melakukan hubungan intim.

11. Elakkan pengambilan susu dan sebarang produk tenusu.

12. Suami perlu berusaha meningkatkan kualiti dan bilangan sperma yang dihasilkan. Ini kerana sperma lelaki (kromosom Y) tidak sekuat sperma perempuan (kromosom X). Oleh itu semakin banyak bilangan sperma, semakin tinggi peluang untuk sperma lelaki berjumpa dengan telur dahulu.

13. Elakkan melakukan hubungan intim seminggu sebelum waktu subur dan mula melakukannya pada waktu subur untuk memastikan bilangan sperma tinggi.

14. Lakukan hubungan intim pada waktu malam.

15. Amalkan membaca Surah Yusuf semasa kandungan belum mencecah tiga bulan.
Tak salah mencuba tetapi serahkan segalanya kepada Yang Maha Esa kerana dia yang menentukan apa jantina zuriat yang dikandung.

Tiada ulasan:
Write ulasan