'Taubat Tak Nak Beli Kicap MANIS ABC Lagi' - Nurul Azwa


KUALA LUMPUR - Geli dan meloyakan. Puan Nurul Azwa, memuat naik gambar dan video penemuan seekor cicak di dalam botol kicap yang dibelinya. Baca aduan beliau di bawah: 

"Kejadian hari ini (semalam). Selalu kena pada orang lain tetapi hari ini terkena pada diri. Terus rasa pening dan nak muntah semua pun ada.

"Konon nak masak resepi ayam masak kicap hari ini. Dah sediakan semua bahan-bahan bagai. Duk bagi ubi empuk, kemudian bila nak tuang kicap manis jenama terkenal ini, tengok-tengok ada bendasing di dalamnya. Bila diperiksa, CICAK!





"Habis lempar satu periuk punya lauk. Dapur pun tak berasap gara-gara penemuan cicak dalam botol kicap ini. Terpaksa makan nasi bungkus saja hari ini. Taubat tak nak beli kicap manis jenama ini," katanya.

LAGI ....




0 comment... add one now