Suami Tak Bagi Nafkah, Tapi Isteri Tak Mengadu Pada Pejabat Agama Sebab Jaga Aib Suami


Tuan-tuan sekalian, jom sembang sikit tentang hati puan-puan di rumah nun. Orang perempuan ini, nafsunya memang 9 dan akalnya 1. Senang masuk syurga, senang juga masuk neraka. Maka, tuan-tuan bantulah puan-puan itu masuk syurga. Jangan dorong isteri menjadi derhaka. 

Tuan-tuan ada yang tak bagi nafkah 'cash' pada tangan isteri. Tapi sikit pun isteri tak mengadu pada pejabat agama walaupun sebenarnya isteri berhak. Betapa dia mahu menjaga aib tuan-tuan di mata masyarakat. Tetapi tuan-tuan yang tak mahu menjaga aib sendiri di depan Tuhan. Kalaulah tak fikir menjaga aib suami, memang banyaklah kes-kes tuntutan nafkah di mahkamah syariah. 

Hal lain pula, tak bagi nafkah satu hal. Tak pernah tanya pun apa keperluan isteri. Baju baru ke, tudung baru ke, supplements Shaklee ke, bedak sejuk ke. Langsung tak pernah. Sekali lagi, isteri tak kisah pun sebab mahu menjaga aib suami. Bedak muka pun kongsi guna bedak bontot anak. Tuan-tuan ada perasan ke?

Tuan-tuan, pernah tak isteri tolak apa yang tuan-tuan sarankan? Kebanyakan masa, tak pernah. Mungkin ada juga time dia keras kepala. Tetapi hujung-hujung, dia turutkan demi sayang dia pada tuan-tuan. Cuma tuan-tuan dalam kebanyakan masa, menggunakan kuasa veto. 

Ayat-ayat seperti 'Tidak', 'Tak Boleh', 'Tak Mahu' dan 'Tak Nak!' seperti sudah sebati di lidah tuan-tuan walaupun benda yang dipinta oleh isteri tidka melibatkan kos wang ringgit pun. 

Sebenarnya tuan-tuan, dalam kebanyakan masa, perempuan ini tidak pernah berkira. Tak bagi nafkah, dia tak berkira. Tak belikan make up, dia tak apa-apa. Tak belikan baju baru, dia okay saja. Cuma perempuan ini perlukan kasih sayang. Kami percaya 'the power of love'. Bukan, bukan ajak 'make love' sokmo.  Kasih sayang bagi perempuan ini lebih kepada tuan-tiuan prihatin pada dia, tuan-tuan bercakap dengan nada suara lembut, tuan-tuan tolong dia buat kerja rumah sekali sekala, tuan-tuan tak lupa buang sampah bila dia meminta tolong, tuan-tuan tolong dukung anak masa dia tengah shopping atau masak. 

Susah ke? Tak susah kan? Dia tak minta wang ringgit pun. Dia perlukan kasih sayang. Nabi sendiri kata tuan-tuan perlu pastikan keperluan isteri dan anak-anak dah cukup, barulah tuan-tuan boleh bantu orang luar. Tetapi tuan-tuan lebih kasihan pada ibu tunggal di hujung kampung itu dari anak isteri sendiri. Lebih rela bagi pinjam duit pada adik beradik dari pinjamkan duit untuk isteri. 

Ini kisah benar. Hidup berumahtangga adalah tentang toleransi. Siapa kata perempuan ini payah? Cuma kadang-kadang saja bila kami mutasi, kromosom dan hormon menjadi 'complicated' sikit. 

Tuan-tuan kalau tak buat macam ini, sila jangan terasa. Saya tahu ramai di kalangan tuan-tuan yang memang prihatin terutamanya bab keperluan nafkah isteri. Para isteri pun bukan maksum, memang ada kurang dan celanya. Tetapi jangan jadikan itu sebagai point untuk tuan-tuan tak bagi nafkah. Kecualilah si isteri berlaku curang. Okay, itu boleh. - Kheyr Hameed

0 comment... add one now