Selasa, 30 Ogos 2016

Spender Bini – Suhaimi Saad Mengamuk Dengan Respon Peminat

Kelmarin, bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad ada berkongsikan gambar seluar dalam yang dijual di sebuah pusat membeli-belah. 


Suka Cari Publisiti Murahan, Netizen 'Basuh' Suhaimi Saad
Dalam gambar itu, dia ada menasihat orang ramai akan keperluan memberikan seluar dalam untuk isteri.
Rupa-rupanya tak ramai netizen yang bersetuju dengan perbuatannya itu yang seperti sengaja mahu mencari publisiti murahan.
Ramai yang meluahkan rasa marah dan jijik dengan tindakan itu.



Susulan itu, Suhaimi yang merupakan suami kepada Ina Naim (bekas tunang Mawi) ada
memuat naik satu status membidas kembali komen-komen tersebut menerusi laman sosial Facebook miliknya.
Apa yang tidak elok, dia meluahkan tuduhan kononnya orang yang mengkritiknya itu adalah di kalangan mereka yang suka menonton cerita lucah (video biru) dan sebagainya.
Berat tuduhan itu sebenarnya sebab tidak ada bukti yang dikemukakan.
Berikut jawapan balas penuh emosi oleh Suhaimi berhubung status beli seluar dalam untuk bini;
“Tak payah nak poyo sangatlah!!
“Selama ni, yang ko duk tengok Superman, Batman dengan renang berirama tu ko tak rasa malu pulak dengan Allah? Tu belum lagi cerita video-video biru yang korang duk tengok hari-hari tu.
“Beb, orang agama ke, orang tak agama ke, sama je. Dosa tetap dosa. Tak payah la nak acah-acah suci dalam FB ni, tapi kat belakang, ko la yang paling ‘jilaker’.
“Saya bercakap pasal tanggungjawab yang selalu diabaikan oleh sesetengah suami terhadap isteri. Bukan cerita pasal saiz atau warna spender (ngoks!).
“Pergi sekolah , tapi tak faham konteks. Baik buat homeschooling je!
“Lantak hang lah nak viral ke, nak virus ke.. Bye!” tulis Suhaimi.




Di bawah merupakan sebahagian respons yang diberikan netizen berhubung status-status yang pernah dikongsikan Suhaimi di Internet sehingga ia menjadi perhatian ramai. –


Tiada ulasan:
Write ulasan