Sabtu, 27 Ogos 2016

'Siapa Suruh Tak Pandai Jaga Laki' - Berderau Darah Isteri Baca Sindiran Perempuan Simpanan Suami


Hati isteri mana yang tak hancur dikala sedang sarat mengandungkan zuriat suami, suami pula 'cari makan' di luar. Hubungan terbina bertahun lamanya, musnah begitu sahaja oleh orang ketiga yang tak guna, yang mana maruahnya lebih murah dari seorang pelacur sehingga sanggup berzina dalam kereta. 

Hanya mampu menggeleng kepala saja membaca screenshot perbualan suami dan wanita simpanannya yang dimuat naik oleh Glend Mum. 

Aku ibu kepada dua orang anak. Sekarang sarat mengandung enam bulan. Suami aku sudah berubah dan curang dengan wanita lain.

Dua minggu yang lalu, aku merampas telefon suami ketika dia sedang leka bermesej dengan wanita itu. Lois, nama yang tertera di telefon suami. Ternyata bukan seorang lelaki tetapi wanita simpanannya. 

Selama ini saya tertipu dengan nama tersebut. Nama yang digunakan untuk mengabui perbuatan sumbang mereka. 

Kepada wanita bernama Lois, saya tidak peduli awak siapa, tetapi tolong jauhi suami saya. Kamu telah merosakkan masjid yang telah kami bina belasan tahun. Kalau awak nak mengatal, carilah orang lain, bukannya dengan suami saya. 

Kepada Tasip, nama yang mereka sebut dalam mesej, tolong nasihatkan wanita ini. Anda mungkin orang terdekat, saudara dia atau anda suami kepadanya. Dia telah merosakkan rumahtangga saya. Dan sekarang dia sengaja block nombor telefon saya untuk mengelakkan dirinya setelah saya mengetahui hubungan mereka menyebabkan saya terpaksa umumkan di Facebook ini. 

Saya tahu bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Tetapi sebagai wanita, kita harus menjaga maruah diri. Jangan menjadi alat pemuas nafsu serakah lelaki buaya seperti suami saya. Seorang pelacur ada harga dan mendapat bayarannya. Tetapi kamu lebih teruk sehingga berzina di dalam kereta.

Suamiku, tiada kemaafan di hati ini di atas perbuatan kamu itu. Ketika aku sedang sarat mengandungkan anak kita, kamu sanggup mencurangi aku. Di sini, saya buktikan mesej mereka ketika saya merampas telefon suami, dua minggu yang lalu.  






Mesej yang lain mungkin sudah dipadamkan oleh suami. Tetapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Hancur hati seorang isteri. Aku kecewa, aku derita. - Glend Mum 


Bersabarlah, memang sakit ditipu oleh lelaki yang kita sayang. Namun, anggaplah ini sebagai ujian dan ada hikmahnya.

Tiada ulasan:
Write ulasan