Jumaat, 26 Ogos 2016

Saya Nasihatkan Dia Jadi Suami Bertanggungjawap Bersama Lima Anak Tiri - Bapa

Kuala Penyu: "Mereka sudah cukup matang untuk membuat keputusan sendiri termasuk berkahwin," kata Alin @ Matalin Utam, 52, bapa kepada Mohd Sufie, 18, remaja yang berkahwin dengan wanita berusia 42 tahun, di sini, hari ini.

ARTIKAL BERKAITAN : Remaja 18 Tahun Nikah Pasangan Berusia 42 Tahun?

Menurut Alin, anaknya bernikah dengan Dayang Sopiah Gusti, ibu tunggal beranak lima, di Masjid Daerah Beaufort pada Selasa lalu dan turut dihadiri isterinya Janawiyah Ucat, 46, dan ahli keluarga pengantin wanita.

"Apa yang penting, Sufie tidak mengganggu isteri atau milik orang lain dan mereka mahu meneruskan hubungan dengan cara halal disisi Islam.

"Justeru, saya tidak mempunyai masalah dan menganggap Sopiah adalah jodoh yang ditetapkan Allah untuk Sufie," katanya.



Tambahnya, dia hanya mengetahui hubungan Sufie dan Sopiah beberapa hari sebelum majlis pernikahan berlangsung.

"Awalnya saya terkejut apabila dimaklumkan Sufie memilih Sopiah sebagai teman hidup, namun kami tidak mempunyai masalah kerana usia bukan penghalang.

"Saya sendiri sempat menasihatkan Sufie untuk menjadi seorang suami bertanggungjawab kerana dia bukan hanya isteri sebagai tanggungjawabnya, tetapi juga terhadap lima anak tirinya," katanya.

Gambar Mohd Sufie dan Dayang Sopiah yang lengkap berpakaian pengantin sedondon berwarna kuning dan coklat menjadi viral di laman sosial Facebook sejak semalam.

Aksi Sufie yang sedang menyarung cincin ke jari Sopiah turut mengundang pelbagai pandangan netizen di seluruh negara.

Tiada ulasan:
Write ulasan