Sabtu, 6 Ogos 2016

“Saya Masih Belum Sedia Bertudung”

Walaupun hampir setahun memeluk agama Islam setelah mendirikan rumah tangga bersama Akim Ahmad, Stacy Anam memberitahu bahawa beliau masih belum bersedia untuk bertudung. Berikutan itu beliau juga berpendapat bahawa perubahan itu biarlah berlaku secara semulajadi dan datang dari hati yang ikhlas, bukan secara terpaksa kerana orang lain.



“Keputusan ini diambil ekoran jadual kerja yang padat. Tambahan pula, Akim banyak beri tunjuk ajar kepada saya. Pendekatannnya lebih santai seperti mengajar kanak-kanak tentang agama. Dia tidak paksa sebaliknya beri banyak masa. Tak dinafikan bukan mudah untuk mendalami ilmu agama. Khususnya perkara berkaitan sebutan dalam bacaan ayat al-Quran”

“Tentang tudung pula, berilah saya masa. Saya tidak mahu tergesa-gesa dan berubah secara drastik. Biarlah perubahan itu berlaku seiring dengan keikhlasan dan kehendak diri sendiri dan bukan atas dasar kerana orang lain,” katanya kepada Projek MMO mengenai persediaan beliau untuk memakai hijab setelah memeluk agama Islam pada Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Stacy turut menegaskan bahawa suaminya tidak pernah lalai mendidiknya dalam menguasai ilmu agama menyebabkan dirinya lebih senang untuk belajar dan memahami Islam di rumah. Dengan itu, Stacy telah mengupah seorang ustazah yang akan ke rumahnya untuk mengajar beliau mengaji serta mempelajari tentang kelebihan Al-Quran.

Sebelum ini, Akim yang juga suami kepada Stacy pernah didakwa bersikap dayus kerana membiarkan isterinya yang sudah memeluk agama Islam tidak bertudung. Namun bagi beliau, adalah lebih baik jika Stacy diberikan masa memperlajari satu persatu tentang agama Islam sebagaimana beliau saudara baru dan masih banyak perlu dipelajarinya

Tiada ulasan:
Write ulasan