Isnin, 29 Ogos 2016

Rumah Tangga Nabila Huda Sedang Berantakan?

Kami cukup gembira melihat Nabila Huda yang kini nampaknya cukup bahagia dan lebih ceria sejak bernikah tahun lalu. Malah, Nabila sering juga memuat naik foto beliau dan suami di akaun Instagram miliknya.



Namun, menurut Cik Pang di Harian Metro, rumah tangga Nabila sedang berantakan. Eh biar betul?
Ada sumber mengatakan Nabila terpaksa menarik diri daripada tawaran berlakon yang diberikan oleh sebuah produksi kerana ingin menyelesaikan masalah rumah tangganya.

Walaubagaimanapun, Nabila dikatakan hadir pada sidang media filem itu dan raut wajahnya langsung tidak menggambarkan beliau sedang menghadapi masalah.

Jika ikut logik akal, jika benar beliau sedang mempunyai isu peribadi dan sudah menarik diri, tentu beliau tidak akan hadir pada majlis berkenaan.

Sejauh mana kebenaran khabar angin ini tidak kami ketahui, tetapi kami harap Nabila Huda dan suaminya tidak mempunyai masalah besar. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya, yang penting harus ada sikap sabar dan toleransi.

Tiada ulasan:
Write ulasan