Jumaat, 26 Ogos 2016

Remaja 18 Tahun Nikah Pasangan Berusia 42 Tahun?

  Berita Premium       Jumaat, 26 Ogos 2016

SABAH - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dilaporkan berkahwin dengan pasangannya yang berusia 42 tahun, cetus pelbagai reaksi netizen. 

Gambar pasangan berkenaan yang dimuat naik oleh beberapa laman Facebook popular seperti Rizal HakimmPen Hitam Dot ComTulun Sabah, dilaporkan berlaku di Kuala Penyu, Sabah, itu menjadi trending di media sosial sejak petang semalam.  

Ramai netizen mengucap tahniah dan tidak putus-putus mendoakan agar hubungan pasangan ini kekal lama, meskipun jarak usia seperti ibu dan anak. 

"Jodoh itu rahsia Allah. Sekurang-kurangnya mereka tidak melakukan maksiat," kata netizen. 

Ada segelintir netizen menjadikan perkhabaran itu sebagai bahan lawak mereka. Kononnya remaja lelaki tersebut bakal menghadapi masalah di malam pertama. Tidak kurang juga yang mendakwa wanita terbabit minat pada lelaki muda. 

Bagaimanapun, dakwaan mereka itu dibidas oleh netizen yang lain. 

"Kenapa kutuk atau perli? Sepatutnya ucapkanlah Alhamdulillah. Dek umpatan netizen yang tidak sayangkan mulut ini, pasangan ini beroleh pahala berganda-ganda," tegur Udin Santoren. 

"Apa masalahnya wanita itu lebih berumur? Meluat baca komen netizen yang tidak boleh menerima jodoh orang." kata Wazna Tie.

"Kalau ditakdirkan itu jodoh kita, maka itulah jodoh kita. Kun faya kun. Selamat pengantin baru kalau benar ceritanya," kata Scissorz Fitz
logoblog

Thanks for reading Remaja 18 Tahun Nikah Pasangan Berusia 42 Tahun?

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan