Khamis, 25 Ogos 2016

Rancang Nikah Noor Nabila, Sharnaaz Tetap Mula Dari Bawah Merisik,bertunang dan akad nikah

Sudah  setahun bercinta, Sharnaaz Ahmad akui beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya Noor Nabila.



Mereka sudah berbincang mengenai hal perkahwinan dan kini menyerahkan urusan seperti peminangan kepada keluarga. Sharnaaz merancang untuk menikahi Noor Nabila pada tahun depan.
Pada usia ini, saya sudah sedia memikul tanggungjawab sebagai suami serta membina keluarga. Saya berharap ia dapat direalisasikan tahun depan.
Walaupun hasrat ini sudah saya suarakan kepada Nabila, semuanya harus mengikut adat bermula dengan majlis merisik disusuli peminangan.  Namun, kalau boleh saya enggan ‘mengikat’ bakal isteri terlalu lama. Kami mahu bertunang tidak lebih dari enam bulan.

Ditanya mengenai ciri-ciri Noor Nabila yang membuatkan Sharnaaz jatuh hati kepadanya, Sharnaaz memberitahu Noor Nabila merupakan seorang wanita yang cukup merendah diri serta sederhana meskipun dilahirkan dalam keluarga yang senang dan mewah.
Nabila sebenarnya mempunyai banyak ciri yang membuatkan dirinya disenangi. Selain bijak dan tahu apa yang dimahukan dalam hidup serta kerjaya, dia kurang suka kepada kehidupan glamor.

Walaupun dilahirkan dalam keluarga senang, dia tetap bersederhana dan merendah diri. Memang sepanjang bersamanya, kami ada bergaduh. Adatlah, orang bercinta. Namun, kami terus serasi dan paling penting keluarga memberi restu.

Alhamdullilah, akhirnya Sharnaaz sudah betul-betul bertemu dengan wanita yang sesuai buat dirinya dan saling melengkapi antara satu sama lain. Iyalah, kalau sudah sayang cepat-cepat jadikan hubungan itu halal, tiadalah yang ingin mengkriti mereka lagi. Hehe.. Kami harap segala perancangan mereka untuk berkahwin berjalan dengan lancar.

Tiada ulasan:
Write ulasan