Sabtu, 6 Ogos 2016

Pulanglah adik, kasihanlah kepada emak. Tolong balik - Anak Ikut Kenalan Wechat

ALOR SETAR: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kedah hilang selepas dipercayai mengikut teman lelaki yang baru sahaja dikenalinya melalui aplikasi, WeChat.

Kehilangan Noor Azliza Abdull Rahim, 17, disedari kakaknya, Noor Azlina, 23, pada 31 Julai lalu sekitar pukul 1.30 tengahari apabila mendapati adiknya tiada di rumah dan pintu biliknya terbuka.

Kehilangan Noor Azliza, disedari kakaknya, Noor Azlina pada 31 Julai lalu sekitar pukul 1.30 tengahari apabila mendapati adiknya tiada di ruma


Ibunya Nooraini Hussain turut merayu anaknya pulang.

“Pulanglah adik, kasihanlah kepada emak. Tolong balik,” rayu Nooraini ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Menurut Azlina, adiknya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai di  Kuala Kedah dan bakal menduduki peperiksaan percubaan SPM pada penghujung bulan ini.

Pada pagi hari kejadian, Azlina mendapati adiknya tidak ke sekolah dan beranggapan kemungkinan tidak sihat.

Bagaimanapun, apabila pulang pada waktu tengahari, Azlina mendapati adiknya tiada di rumah.

Azlina kemudian membuat laporan polis mengenai kehilangan Azliza di Ibupejabat Polis  Kota Setar pada 1 Ogos.

Azlina turut menghubungi rakan sekolah adiknya namun tidak ada yang mengetahui ke mana hilangnya Azliza, malah nombor telefon bimbitnya juga tidak lagi dapat dihubungi.

Dalam pada itu bapa Azliza, Abdull Rahim Yahaya, 47, turut gagal mencari anaknya di sekitar Alor Setar.
“Ketika ini saya  sudah mencari rata tempat dah lorong, pusat hiburan pun semua saya masuk, kalau dia ada,  tempat budak muda duduk lepak pun saya pergi sampai pukul dua tiga pagi,” kata Abdull Rahim lagi.

Keluarga itu juga meminta mana-mana orang awam yang terlihat Noor Azliza untuk menghubungi Abdull Rahim di talian 017-4261670.

Tiada ulasan:
Write ulasan