Jumaat, 26 Ogos 2016

Pengendali Kren 'Hilang' Selepas Cangkuk Besi Hempap Kereta

KUALA LUMPUR: Lelaki pengendali kren yang cangkuk besinya terjatuh ke atas sebuah kereta sehingga menyebabkan pemandunya terbunuh serta-merta pada Khamis masih menjadi 'misteri'.

Pengendali kren yang tidak dapat dikenal pasti itu 'lesap' selepas melarikan diri dari tapak pembinaan, sejurus selepas kejadian itu yang berlaku pukul 7.15 malam di Jalan Raja Chulan.


Pencangkuk itu menghempap sebuah kereta Perodua Kelisa dari tingkat 20 sehingga membunuh pemandunya, Chin Khoon Sing, 24, di tempat kejadian.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan polis untuk mengesan pengendali terbabit.




Katanya, kemalangan berlaku disebabkan satu siri peraturan keselamatan teruk.

JKKP berkata syarikat pembinaan dan firma yang membekalkan kren itu tidak dapat mengesahkan sama ada pengendali kren itu seorang warganegara Malaysia atau sebaliknya, satu keperluan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Kren itu sendiri telah melanggar undang-undang keselamatan kerana beroperasi di luar pagar sekitar tapak pembinaan.

Ketua Pengarah JKKP Datuk Mohtar Musri berkata pembinaan di projek menara itu telah dihentikan, sementara menunggu siasatan selesai.

"Terdapat banyak pihak kita sedang siasat. Pertama kontraktor dan kemudian syarikat yang membekalkan kren.

"Jadi sekarang kita cuba untuk memastikan pihak mana yang bertanggungjawab secara langsung bagi kemalangan itu," kata Mohtar.

JKKP percaya bahawa cangkuk kren itu mungkin telah terjatuh selepas tali yang menyokongnya terputus.

Tetapi kemalangan itu tidak akan berlaku jika cangkuk kren itu tidak berada di atas jalan awam.

"Terdapat penghadang di sekitar bangunan dan kren itu tidak sepatutnya beroperasi di luar penghadang.

"Tetapi bahagian yang jatuh, adalah di luar penghadang itu, iaitu di jalan raya.

"Kami mengesyaki apabila talinya terputus, cangkuk kren itu terjatuh ke atas sesuatu dan tercampak di atas jalan raya tetapi malangnya ia menghempap kereta mangsa yang sedang memandu," kata Mohtar.

Lebih teruk lagi, pemandu kren itu didakwa melarikan diri.

"Kami tidak dapat mengesannya. Kami cuba mendapatkan maklumat daripada majikannya. Kami tidak pasti jika dia rakyat Malaysia atau sama ada dia betul-betul terlatih untuk mengendalikan kren," katanya.

Apapun, Mohtar berkata JKKP sudah menyediakan kertas siasatan yang mungkin menyaksikan pihak-pihak terbabit dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda sehingga RM250,000 atau kedua-duanya di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967 .

Tiada ulasan:
Write ulasan