Isnin, 1 Ogos 2016

Pelik Kenapa JDT Kalah Kepada Perak, Dato Vida Dikecam Netizen Gara-Gara Video Ini

Perlawanan bola sepak antara pasukan Perak dan JDT baru-baru ini telah menyaksikan JDT tewas 0-3 kepada Perak. Ramai yang memberi respon positif, dan tak kurang juga yang memberi kata negatif. Adat perlawanan, biasalah ada kalah dan menang. JDT tidak menjadikan kekalahan di Perak sebagai suatu alasan, bahkan TMJ juga dilihat bersikap matang dalam isu ini.

Kali ini, timbul isu video Dato’ Seri Vida bergurau mengenai kekalahan JDT di Perak. Mungkin niatnya untuk bergurau biasa, namun video yang dimuatnaik di Instagram beliau semalam telah mencetuskan kehangatan respon dalam kalangan netizen. Ramai yang memuji dan menyindir penyokong JDT, tak kurang jugak yang menempelak Ratu Kosmetik Malaysia ini tentang perbuatan ‘gurau’ yang dianggap keterlaluan.

Cer citer…cer citer…


Dato’ Seri Vida mungkin sebenarnya berniat untuk bergurau mengenai kekalahan JDT di Perak sementara pasukan Kelantan pula berjaya meraih 1-0 menentang Kuala Lumpur. Ini video yang dimuatnaik oleh beliau di laman Instagram rasminya.




Ramai jugak yang memberi komen balas sama ada menyokong mahupun menyelar video yang dibuat oleh Dato’ Seri Vida ni. Iyalah, JDT dah menang banyak piala bola sepak. Sekali-sekala kecundang tu adat permainanlah.
Sumber: Instagram Dato Seri Vida

Tiada ulasan:
Write ulasan