Isnin, 1 Ogos 2016

Padah tayang anu kepada isteri orang



Shah Alam: Perbuatan aib seorang pembantu restoran dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang suri rumah membawa padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Muhammad Salihin Zailan, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Salihin sengaja mengaibkan kehormatan mangsa wanita berusia 36 tahun dengan membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 4 pagi di asrama Balai Bomba Seksyen 15, Shah Alam pada 21 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Muhammad Salihin turut dituduh mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kediaman mangsa sebelum melakukan perbuatan aib berkenaan.

Tertuduh boleh dihukum di bawah seksyen sama dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun, denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurulhuda Ramli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada ulasan:
Write ulasan