Isnin, 29 Ogos 2016

Maaf Saya Buat Awak Menangis, Ustazah – Lagi Kisah Lelaki Cina Berhati Mulia Ini Buat Netizen Sebak

Dulu pernah viral pasal kisah Kuan Chee Heng yang sudi belanja berbuka puasa sebuah keluarga daif. Beliau memang terkenal dengan sikap peramah dan saling membantu mereka yang memerlukan. Tak hanya terhenti di situ, beliau juga membantu seorang wanita untuk berniaga dengan memberikan modal dan mahu berbakti kepada seluruh masyarakat. Suatu sikap yang patut dipuji dan dihormati. 

Terbaru, beliau telah memberikan sebuah kipas berserta penghawa dingin kepada seorang ustazah di sebuah flat untuk memudahkannya mengajar anak-anak mengaji Quran. Suatu perkara yang sangat luarbiasa untuk seorang bukan Muslim yang sudi membantu demi untuk mengelakkan anak-anak Muslim terbiar. Jom baca!

Rezeki anak-anak kita  


SORRY SAYA BUAT YOU ustazah NANGIS. mohon kipas dapat kipas dan bonus nya satu unit air con. air mata ustazah mengalir kesyukuran, i tak mampu tangkap gambar ustazah sedang menangis. Tak mengapa, rezeki anak anak kita.

Banyak bantu orang mengaji Quran


Mungkinkah Tuhan memakbulkan doa kamu? Kerana kamu banyak membantu orang mengaji Quran dengan sumbangan hanya RM 10 dan kebanyakan yang ada kala tak mampu bayar. Ia baik kerana kamu telah menyediakan satu tempat untuk anak anak kecil ini mengenali Quran. Mungkin dapat 5% atau 10% tak mengapa. Sekurang-kurangnya mereka dapat 5% atau 10% itu atau lebih pun.

Saya tak mampu ajar mereka mengaji


Yang eloknya mereka cuba dan mereka tidak menghabiskan masa merayau dalam flet yang ada elemen-elemen yang negatif. Sekurang kurang nya mereka kenal Quran. Saya hanya dapat membantu memberi sedikit keselesaan untuk anak anak ini untuk menarik minat mereka mendekati Quran. Saya tak mampu memberi mereka mengaji. Tapi saya mampu membantu dari keupayaan yang Tuhan berikan kepada saya. Cukup manis, cukup menguntungkan kerana anak-anak ini dapat duduk dalam keadaan nyaman malam ini dan malam seterus nya. MOHON MAAF, SAYA BUAT KAMU NANGIS., MINTA KIPAS DAPAT KIPAS DAN BONUS NYA IALAH AIR CON SATU UNIT.

Komen bercampur dari netizen 


Tiada ulasan:
Write ulasan