Isnin, 8 Ogos 2016

Lihat Pengorbanan & Kegigihan Isteri Menyusu Badan, Tindakan Lelaki Ini Beri ‘Discount’ Kepada Isteri Wajar Dicontohi

Alangkah bertuahnya ibu yang diberikan peluang menyusukan bayi sehingga berumur sekurangnya 2 tahun. Seperti yang kita semua tahu, susu ibu adalah susu terbaik dan sempurna untuk menjamin tumbesaran yang sihat. 

Nak maintain susu melimpah, pemakanan yang sihat dan emosi yang stabil memainkan peranan yang penting. Mungkin ramai di antara kita yang tidak memahami kepenatan yang dilalui ibu menyusu, nah baca perkongsian lelaki ini. Lepas ini bolehlah saling bertolak ansur dalam pengurusan rumahtangga. Ye dok?

Tak kira dimana, tak kira siang malam kena pump


POST INI KHAS KEPADA SEMUA IBU YANG MENYUSU-BADANKAN ANAKNYA.
Sebagai seorang suami dan bapa yang melihat usaha isteri sendiri, saya betul-betul tabik hormat kepada anda semua. Ini tugas yang sangat berat. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Seawal kelahiran Azad, isteri saya begitu resah sebab susu tak cukup. Macam-macam dia paksa telan. Rebus itu ini. Telan. Ubat itu ini. Telan. Kurma, susu, horlick, milo. Telan. Semua yang dulu dia tak suka, kini terpaksa telan.
Power-pumping.
Selang 3 jam kena pump. Tak kira di mana, tak kira siang malam. Tengah kerja, trrruuttt..trrruuutttt..trrruuutttt..trrt..trrt..trrt. Tengah malam pukul 3 pagi, trrruuttt..trrruuutttt..trrruuutttt..trrt..trrt..trrt. Kadang-kadang terkejut tengok ada makhluk tengah bersila, takde kepala (tengah tunduk) di sudut bilik tidur pukul 3 pagi dalam kesamaran cahaya bulan. trrruuttt..trrruuutttt..trrruuutttt..trrt..trrt..trrt.
Bila malam, selang beberapa jam, anak mesti merengek nak susu. Paling kuat pun, saya hanya boleh angkat anak sambil pejam mata dan letakkan pada ibunya. Selebihnya, saya pun tak sedar dah apa jadi. Ini bermakna, si ibu hanya akan tidur-tidur ayam selama tempoh menyusu badan. Lebih kurang DUA TAHUN SETENGAH.

Lambat sikit pump, bertompok baju basah, bengkak susu


Baru ni terpaksa ke Bangkok dan meninggalkan anak di rumah. Sayu hati tengok isteri senget bahu bawa beg pump, dengan ice pack merata-rata. Lambat sikit pump, bertompok baju basah. Sakit bengkak susu juga katanya. Dalam flight trrruuttt..trrruuutttt..trrruuutttt..trrt..trrt..trrt. Kat bilik hotel, tatkala saya “bergegas” untuk tidur sebab super-keletihan, isteri saya sedang siap-siap nak trrruuttt..trrruuutttt..trrruuutttt..trrt..trrt..trrt. Saya terjaga jam 3 pagi, nampak lagi jasad tanpa kepala di sudut katil sedang trrruuttt..trrruuutttt..trrruuutttt..trrt..trrt..trrt.
Susu disimpan dalam pek anti bacteria kemas-kemas. Dilabel dengan nama Azad, siap tarikh dan masa. Disusun hati-hati dalam freezer. Tengokkan caranya, susu ni macam lagi berharga daripada emas!
Sampai airport nak balik Malaysia, beg susu kena tahan. Tak dibenarkan masuk. Bergenang air mata isteri. Terbayang “hadiah untuk Azad” bakal dirampas. Mata saya tiba-tiba masuk habuk. Tiba-tiba macam ada sesuatu tersekat ditekak. Selepas dua kali scan, 4-5 orang pegawai periksa, baru dilepaskan. Lega.
*****

Kalau isteri tak sempat masak tu takpelah, tak sempat gosok baju pun takpelah

Aku berazam kepada diri sendiri. Untuk bagi “discount” kepada isteri. Kalau tak sempat/tak larat nak masak tu, takpe lah. Rumah tak berapa kemas, baju takdan gosok, takpe lah.
Melihat Azad membesar dengan sihat, ceria, cergas dan cerdas hasil daripada titisan susu ibu sepenuhnya sudah cukup membahagiakan.
Begitu tinggi nilainya.
Hanya Allah mampu balas.
Terima kasih Noor Diyana
sumber: John Lemon

Tiada ulasan:
Write ulasan