Jumaat, 5 Ogos 2016

Kontrak Ditarik Selepas Berhijab, Elfira Loy Tak Kisah

Mengakui bukan mudah bagi dirinya unuk mengambil keputusan nekad menutup aurat, Elfira dalam masa yang sama juga menjelaskan bahawa dia tidak akan kembali membuka tudung semata-mata atas sebab kontrak kerja.


“Bukan mudah untuk saya menetapkan hati memilih untuk berhijab kerana pelbagai andaian dan kemungkinan bermain di benak fikiran. Apabila sudah membuat keputusan untuk bertudung, saya enggan memamndang ke belakang lagi”

“Ada pihak yang menerikma keputusan saya untuk bertudung, namun ada juga yang kurang bersetuju dan menarik balik tawaran menampilkan saya sebagai duta produk. Namun ia sama sekali tidak menggugat keputusan saya untuk terus berhijab,” katanya kepada BH Plus.

Apa yang lebih menggembirakan Elifra ialah apabila penggiat industri seni tanah air dari barisan penerbit dan pengarah tidak menjadikan tudung sebagai penghalang untuk berkarya sebaliknya menerima perkara itu sebaiknya

Tiada ulasan:
Write ulasan