Sabtu, 27 Ogos 2016

Kembar Penyamun


DUNGUN - Dua suspek kes samun sebuah kedai emas, berjaya ditahan selepas terlibat dalam kemalangan ketika cuba melarikan diri, lapor sumber

Dua suspek yang merupakan adik beradik kembar telah menyamun sebuah kedai emas, menggunakan kereta Perodua Viva yang dipercayai kereta curi.

Difahamkan, rakan kepada pemilik asal kereta Viva tersebut terserempak dengan dua suspek, lalu cuba mengejar mereka. Dalam situasi kejar mengejar itu, tindakan suspek yang enggan berhenti di persimpangan lampu isyarat merah, mengundang padah apabila mereka bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira, menyebabkan kereta mereka terbalik. 






Tindakan pantas orang awam, berjaya memberkas kedua-dua suspek itu dan diserahkan kepadap pihak polis untuk tindakan lanjut.

Siasatan pihak polis juga menemui beberapa alatan untuk merompak di dalam kereta tersebut, serta sepucuk pistol mainan. 

Tiada ulasan:
Write ulasan