Sabtu, 27 Ogos 2016

Kembali Janda, Amelina Bebas Masalah Rumah Tangga

Berkongsi tentang status jandanya di laman sosial, penyanyi dangdut, Amelina melalui Harian Metro menyatakan bahawa dia kini masih belum bersedia untuk berbicara lanjut tentang perkara berkenaan kerana masih belum bersedia.



“Saya sebenarnya segan untuk mengumumkan status sebenar, pada masa sama bimbang orang akan mengata saya seronok apabila kembali solo. Memandangkan sudah ada media bertanyakan hal ini, saya akan menjelaskan semuanya nanti”

“Apa yang saya boleh jelaskan sekarang hubungan dengan bekas suami sudah selesai dan bebas daripada masalah rumah tangga,” jelasnya. Malah menurut Amelina lagi, tindakan untuk tidak mendedahkan statusnya itu adalah bagi mengelak sebarang kontroversi.

Apa pun, semoga Amelina kekal tabah dalam menghadapi dugaan tanpa kehadiran bekas suami di sisi dan apabila tiba masanya nanti, pastinya penyanyi ini akan berkongsi perkara tersebut bersama pihak media dan juga peminat.

Tiada ulasan:
Write ulasan