Sabtu, 6 Ogos 2016

'Jangan Marah Anak Bila Mereka Tumpahkan Air/Makanan Kerana...'

Seawal jam 6:30 - 7:00 pagi, kita suami isteri menghantar anak ke rumah orang/taska. Kalau dulu, ayah saja. Tetapi sekarang, kadang-kadang isteri pun balik lewat. Anak-anak redha di tempat orang. Belajar, bermain, riang, kongsi makan dan kongsi penyakit. Tak apa, klinik ada! 


Sepanjang di tempat kerja, anak-anak di rumah pengasuh/taska rindu pada kita. Rindu ayah, rindu mama. Tetapi mereka nak cakap rindu tak reti. Nak tulis surat pun tak reti juga. Jadi, bila kita ambil anak pada jam 6:00 petang, diulangi, 6:00 petang, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad. Dia nak mama tengok dia, nak ayah dukung dan peluk dia.

Tumpah air, kerana hanya bahasa protes dan buat perangai sahaja yang anak-anak tahu untuk beritahu yang,

"Mama, saya rindu dan sayang pada mama..." 

Tetapi apa kita buat? Bila anak-anak bising, kita marah. Bila anak-anak bermain, kita herdik.

Dia menangis, kita jerit,

"DIAM!" 

Dia suruh ajar, kita jawab, 

"Ayah nak tengok TV, FAHAM?!!" 

Dia tumpahkan makanan/air, kita tengking seolah-olah dia sudah cukup matang. 

Sedih hati seorang anak yang merindui mama, yang merindui abah, yang merindui pelukan ibu, merindui dukungan ayah. 

Apakah duit boleh menggantikan kasih sayang? Apakah jus tok guru boleh gantikan suapan kasih sayang? Apakah mainan berlambak-lambak boleh menggantikan saat bergurau senda sesama keluarga? Apakah masing-masing makan di luar boleh ganti nilai makan bersama? 

Fikirkanlah sahabat, fikirkanlah teman-teman, fikirkanlah ayah ibu yang mulia. Mahal sangatkah cuti tanpa gaji demi anak-anak, amanah Allah pada kita? - Alan Mat Noor

Tiada ulasan:
Write ulasan