Jumaat, 26 Ogos 2016

“Jangan Kaitkan Saya Dengan Ashraf Muslim, Fattah Amin”

Masih belum reda lagi kisah percintaan tidak kesampaian di antara pelakon Sherry Ibrahim dan juga Fattah Amin, baru-baru khabarnya pelakon ini turut berhubung dengan bekas kekasih iaitu Ashraf Muslim.


“Tidak manis saya bercakap mengenai mereka lagi kerana masing-masing juga mencari rezeki dalam industri sama. Saya juga tidak mahu dikaitkan dengan Ashraf kerana kami sudah bertahun-tahun berpisah”

“Tidak perlu dan tiada kepentingan untuk kami dikaitkan lagi kerana dia sendiri sudah pun berbahagia bersama keluarganya. Dia juga tidak perlu menghubungi saya dan nama Ashraf tidak perlu diungkit lagi,” jelasnya kepada BH Online.

Apa yang menyedihkan, menurut Sherry, permintaan untuk dirinya dan Fattah berpisah hanya datang dari sebelah pihak sahaja. Bagaimanpaun, Sherry tidak berniat untuk menjatuhkan lelaki yang pernah bertakhta di hatinya.

“Tetapi, jika orang sudah tidak mahu, takkan kita nak paksa? Ia bukan benda yang malu untuk diperkatakan. Bagaimanapun, apa yang terjadi ada hikmahnya,” jelasnya yang mahu namanya dibersihkan daripada perkara yang tidak benar.

Tiada ulasan:
Write ulasan