Rabu, 3 Ogos 2016

Ibunya Minta Bantuan Kewangan Semalam Tapi Saya Hanya Sempat Hantar Tadi, Namun…

Lelaki berbangsa Cina, Mr Kuan memang cukup dikenali ramai dan tak pernah ‘serik’! Malah seringkali digelar ‘gila’! Kenapa? Sebab dirinya tak pernah ‘serik’ dan ‘gila’ untuk menolong orang ramai yang memerlukan bantuan, tak kira siapa, kenapa dan mengapa dia pasti akan tolong.

Sejak beberapa bulan lalu namanya mendapat perhatian pengguna sosial terutamanya di Facebook. Harinya seolah tidak lengkap jika tidak membantu orang yang berada dalam kesusahan.
Terbaru, hasratnya untuk membantu seorang kanak-kanak yang memerlukan rawatan kerana jantung berlubang tidak kesampaian.

Bantuan kewangan ke IJN


Semalam seorang ibu meminta bantuan kewangan sebanyak RM400 daripada Mr Kuan untuk kos perubatan anaknya ke Institut Jantung Negara (IJN). Walaupun sibuk, Mr Kuan menghebahkan tentang perkara ini dan wang bantuan dapat dikumpulkan.
PELUANG UNTUK BERBAKTI. RM 400 NEEDED BY A MOM FOR HER HOLE IN HEART DAUGHTER TO BRING HER TO IJN.
Puan Mastura dari Kg Tengah memerlukan bantuan kewangan untuk membawa anak perempuan nya ke IJN untuk rawatan. Anak nya 14 tahun sakit jantung berlubang. Beliau ingin memohon bantuan daripada tuan/ puan yang budiman. Beliau hanya memohon kos perubatan rawatan sekali ini dalam RM400. Siapa cepat bantu, siapa dapat. Untuk derma pada beliau, please call me 012 2732148. Akaun derma akan tutup selepas RM400.
Keesokan hari, dia pergi ke hospital untuk menghulurkan bantuan orang ramai namun semuanya sudah terlambat. Adik ini sudah tiada.

Terkilan


Tabung bantuan untuk menguruskan jenazah telah dibuka oleh Mr Kuan dan dalam masa sejam sudah mencukupi. Bagaimanapun dirinya sedikit terkilan kerana sedikit lewat.
Mohon maaf
Adik ini telah meninggal sebentar tadi. Mohon derma rm 1000 untuk urudkan jenazah nya. Mana mana yang mahu derma sila hubungi saya 012 2732148. Kini di bilek mayat HOSPITAL SERDANG.

Bangga dapat bantu untuk urusan pengebumian



Walaupun tidak dapat membantu ketika hayatnya namun apa yang dilakukan oleh Mr Kuan dan orang ramai ini cukup menyentuh hati. Tidak mengenal bangsa dan agama, masing-masing menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga ini.
Mr Kuan tak salah! Moga terus membantu rakyat Malaysia yang dalam kesusahan. Salam takziah buat keluarga allahyarham.
Sumber : Kuan Chee Heng

Tiada ulasan:
Write ulasan