Jumaat, 26 Ogos 2016

Ibu Tergamak Lihat Anak Sendiri diperkosa kekasih , tubuh dipotong beberapa Bahagian

Albuquerque, New Mexcio: Seorang wanita menghadapi tuduhan membunuh anak perempuannya yang berusia 10 tahun bersama teman lelaki dan sepupu perempuan lelaki itu selepas polis menemui mayat mangsa yang dipotong beberapa bahagian dalam apartmen mereka di sini, semalam.

Victoria Martens

Michelle Martens, 35, teman lelakinya Fabian Gonzales, 31, dan sepupu lelaki berkenaan, Jessica Kelley, 31, juga menghadapi tuduhan mendera mangsa hingga menyebabkan kematiannya, menculik serta melupuskan bukti. Gonzales dan Kelley juga menghadapi tuduhan melakukan jenayah seks terhadap kanak-kanak.

Mangsa, Victoria Martens, ditemui mati beberapa jam sebelum menyambut hari jadinya yang ke-10 dalam apartmen ibunya dengan anggota tubuhnya dibungkus dalam selimut.

Menurut polis, Victoria disuntik dengan methamphetamine, diserang secara seksual, dicekik dan ditikam sebelum tubuhnya dipotong.

Ketua Polis Albuquerque, Gorden Eden, berkata anggota polis pergi ke apartmen berkenaan selepas menerima panggilan melaporkan ada pergaduhan dan Michelle memberitahu ada orang membunuh anaknya sebelum polis menemui mayat kanak-kanak yang dibunuh kejam itu.

Menurut polis, ibu mangsa kemudian memberitahu polis, Fabian memberi dadah kepada anaknya bagi memudahkannya melakukan seks dengan mangsa.

Jessica yang menutup mulut Victoria dengan tangannya, menikam perut mangsa selepas Fabian mencekik budak itu.

Menurut Michelle, Fabian dan Jessica kemudian memotong tubuh Victoria.

Tiada ulasan:
Write ulasan