Khamis, 4 Ogos 2016

Fad (Bocey) Lebih Hargai Isteri Kerana Bayi Kembar

PETALING JAYA: Pelawak Fad (Bocey) mengakui cabaran menjaga anak kembarnya yang kini berusia tujuh bulan banyak mengajar dia untuk lebih menghargai isterinya, Nur Syahirah Abdul Rahman, 22.

Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam, 25, berkata, bukan mudah untuk menguruskan dua bayi pada masa sama. Kerana menyedari perkara itu dia sentiasa membantu isteri menjaga anak-anak mereka terutamanya pada waktu malam.



"Anak kembar biasanya akan meragam, hendak minum susu atau bangun tidur pada waktu sama.

"Jadi sukar jika hanya seorang yang menjaga dan pada usia mereka sekarang memang perlukan bantuan menguruskan mereka.

"Saya cuba sedaya upaya mengurangkan beban isteri dan jika anak-anak bangun pada waktu malam saya juga akan bangun untuk bantu isteri," katanya 

Anak kembar pasangan itu dilahirkan pada 11 Disember tahun lalu diberi nama Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan.

Dalam pada itu, Fad berkata, Hayyan dan Zayyan yang bukan kembar seiras mula menunjukkan karekter dan personaliti masing-masing.

Kata Fad, sebagai bapa dia teruja melihat perkembangan anak-anaknya itu yang pada dasarnya adalah dua individu berbeza walaupun kembar.

"Saya teruja dengan perkembangan mereka kerana masing-masing ada personaliti tersendiri seperti Hayyan lebih pendiam berbanding Zayyan.

"Jadi sebagai bapa saya lebih memahami keperluan dan kehendak mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, Fad berkata, dia kembali menyertai program Super Spontan Superstar kerana bagi menebus kekalahan pada musim lalu yang memperlihatkan dia tersingkir pada minggu pertama.

Katanya, untuk musim terbaharu ini dia lebih yakin dan bersedia kerana lebih memahami konsep permainan program berkenaan.

Super Spontan Superstar bakal bermula pada 5 Ogos ini menerusi Astro Warna (132) secara langsung pada pukul 9 malam.

Tiada ulasan:
Write ulasan