Emma Maembong Tidak Pernah Bangkitkan Isu Orang Ketiga

Pagi tadi kami ada menyiarkan artikel Nur Fathia yang menegaskan beliau tidak ada kena mengena dengan keretakan hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong.



Pada masa yang sama, Fathia memberitahu Emma sepatutnya bersikap profesional dan tidak cemburu apabila beliau dan Kamal digandingkan bersama didalam sebuah drama dan baru-baru ini menjalani penggambaran di Barcelona, Sepanyol.
Menjawab kenyataan Fathia, Emma menerusi portal BH ONLINE menjelaskan beliau tidak pernah membangkitkan isu orang ketiga sebelum ini. Malah, tindakan Fathia yang mempersoalkan sikap profesionalisme beliau adalah tidak wajar.
Selaklah mana-mana akhbar, majalah atau portal. Selama ini saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai adanya pihak ketiga. Saya sendiri tidak tahu bagaimana boleh tercetusnya kontroversi sebegini.
Lebih mengejutkan apabila kredibiliti dan profesionalisme sebagai pelakon juga dibangkitkan. Rasanya lebih wajar sekiranya persoalan ini diajukan sendiri kepada tuan punya badan iaitu Fathia dan Kamal.
Mengenai hubungan saya dan Kamal Adli, biarlah saya memilih untuk tidak merumitkan lagi keadaan. Apa pun saya pernah cakap sebelum ini, sebarang keputusan perlu dibincangkan bersama Kamal.

Nampaknya hubungan percintaan Emma dan Kamal semakin “complicated”.  Saling berbalas kenyataan tetapi belum ada perkembangan lanjut. Harapnya masalah mereka ini boleh selesai. Tidak mahu lah Emma dan Fathia pula bermasam muka.

0 comment... add one now