Sabtu, 27 Ogos 2016

Dipandang Hina Kerana Menjanda Di Usia Muda, Masihkah Ada Sinar Bahagia Buat Wanita Ini?

Setiap orang melalui jalan dan cabaran yang berbeza dalam mengharungi liku-liku kehidupan di dunia ini. Sekilas pandang, kita tidak tahu apa dugaan yang terpaksa dihadapi oleh seseorang itu, sebab itu kita tidak boleh menilai orang lain melalui status atau luarannya sahaja. 
Sudah menjadi stigma sesetengah masyarakat kita yang mempunyai pandangan negatif terhadap janda. Namun, pernahkah kita cuba untuk menyelami isi hati mereka? Tahukah kita betapa peritnya mereka mengharungi kehidupan lantaran memikul status tersebut?
Luahan ini dikongsi oleh seorang pembaca kami dengan tujuan supaya orang ramai tidak sewenangnya menghukum mereka yang bergelar ‘janda’ tanpa memahami situasi mereka. Semoga menjadi pengajaran pada kita semua.

Hinakah Janda Dimata Masyarakat?


Assalammualaikum admin. First sekali terima kasih jika luahan saya disiarkan, dan lebih baik jika rahsiakan profile saya.
Hinakah JANDA dimata masyarakat? Aku janda anak 2 yang berusia 23tahun. Hampir 4tahun (oktober 2012) aku bergelar JANDA. Selama tempoh ni,aku belum pernah dengar masyarakat kita memuji janda. Hinakah kami? Apa salah kami? Adakah kami tidak layak diberi peluang kedua? Adakah adil kami dihukum kerana sebab yang bukan datangnya dari kami? Pernah tak korang tanya kenapa kami jadi janda?
Aku bukanlah perempuan yang baik, tapi tak layak ke bahagia? Aku janda, tak layak ke aku untuk dapat kasih sayang dari seorang lelaki? Aku bercerai, aku yang tuntut kat mahkamah. Sebab ex husband aku ada perempuan lain. Perempuan tu janda. Aku tak salahkan die 100%. Ex husband aku pun salah. Sama sama miang. Aku nikah umur 18, aku bercerai umur aku 19 dan aku mengandung anak kedua 5 bulan. Dengan umur setahun jagung, aku cuba hidup besarkan anak anak tanpa suami. Tipulah kalau tak terdetik aku nak bersuami lagi. Tapi aku belum jumpa. Sebab? Aku masih dibayangi masa silam. Bercinta bertahun tahun. Nikah setahun je.

Lelaki Lain Susah Nak Terima Anak-Anak…

Sampai lah tahun 2014, aku kenal sorang mamat ni. Alhamdulillah buruk jahat aku dia terima. Anak anak aku dia terima. Sampai dorang panggil “PAPA”. Bahagia TUHAN je tau. Macam diberi nafas kedua. Tapi, dugaan tu tak lari dari hidup manusia. Aku diuji dengan tentangan keluarga. Sebab? Hanya 1.. KERANA AKU JANDA.
Tak cukup dengan tu, dikatanya anak-anak aku berbin/binti lain lain. Korang boleh hina aku, tapi jangan hina anak aku! Anak-anak aku binti/bin name ex husband aku. Anak anak aku takde kaitan lansung kenapa aku jadi JANDA!! Tambah lagi, dituduh difitnah aku menggoda lelaki sana sini. Oleh kerana aku janda…
Hinanya aku Ya ALLAH. Kenapa janda dihina sampai macam ni? Korang tau tak susah payah aku besarkan anak anak aku sorang-sorang? Aku cari duit, aku jaga anak. Didik anak. Besarkan anak.  Aku tak minta jadi janda. Aku tak minta aku bercerai.
Tapi, hubungan aku tak putus lagi. Hahaha dia tetap terima aku seadanya. Family dia pun nak taknak akur pilihan dia. Tapi hari makin hari berlalu, sikap dia makin berubah. Bila aku cakap pasal anak, dia macam tiba-tiba badmood. Padahal sebelum ni dia sayang anak-anak aku. Bile orang tanya “Anak kau ke ***z?” Dengan muka bodoh je die jawab ye. Tapi sekarang bila aku cakap pape,”Bukan anak saya”, “Saya nak awak, tapi anak-anak saya taknak.” Betullah orang cakap. Mula-mula nak, semuanya indah. Nasib baik lah aku tak nikah lagi. Sebab? Aku fikir banyak kali. Sekarang ni dia selalu persoalkan status aku. “Patutlah kau jadi janda. Laki kau tinggal kau mengandung. Perangai macam ******k” “Anak yang takde ayah ni memang degil kan?”

Susahnya Hidup Seorang Janda!

Dengar sini ye! Aku yang tuntut cerai. Bukan laki aku yang tinggal aku! Aku tak minta semua ni jadi, TUHAN dah tentukan jalan hidup aku. Anak aku degil? Woi, kau ingat masa kau kecik dulu kau duduk diam macam orang sewel ke? Adatlah budak. Anak aku baru 5 tahun dengan 3 tahun. Tengah buas. Kau agak-agak la. Nak hina aku, silakan. Jangan sentuh sikit pasal anak aku. Hidup mati aku untuk anak anak aku. Biar aku sakit, jangan anak aku luka sikit pon. Biar aku kebulur, jangan anak aku lapar walau sesaat.
Aku minta sangat, janganlah nilai janda terlalu hina. Korang taktau susahnya hidup janda. Sakitnya janda nak harungi semua ni sorang-sorang. Korang taktau airmata yang jatuh setiap malam kenangkan nasib anal-anak. Aku perempuan. Aku pun nak rasa bahagia. Aku nak rasa dikasihi. Aku nak kasih sayang dari seorang lelaki. Tapi, aku tak dapat semua tu hanya kerana… AKU SEORANG JANDA!

Tiada ulasan:
Write ulasan