Dilabel Anak Derhaka Oleh Ibu, Sufi AF Jelas Situasi

Baru-baru ini, menurut laporan Media Hiburan yang menerima kiriman gambar dipercayai luahan hati ibu kepada Sufi AF, wanita berkenaan menyifatkan penyanyi berkenaan sebagai anak derhaka. Tidak berselindung dengan perkara tersebut, Sufi menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.



“Setiap keluarga ada masalah tersendiri dan setiap ibu juga ada karakter masing-masing. Benar ibu saya suka marah-marah dan pastinya mereka yang tidak mengenali ibu saya, apabila membaca status yang dimuat naiknya itu akan mengundang salah faham”

“Tambahan pula saya sebagai artis orang kenal dan mulalah kaitkan saya dengan ayahlah, ibulah. Saya akui saya dan ibu memang ada perselisihan faham sebelum ini namun kami sudah selesaikannya”

8- Dilabel Anak Derhaka Oleh Ibu, Sufi AF Jelas Situasi - ROTIKAYA

“Ibu seorang yang suka berkongsi dan meluah kata-kata di laman Facebook, baginya laman sosial itu sangat penting. Jadi, saya telah berpesan kepadanya agar tidak meluah perasaan menerusi laman sosial lagi,” jelasnya.

Bagaimanapun, berhubung dengan perkara berkenaan, kini semuanya sudah kembali pulih malah ibunya turut memadam status berkenaan. Kata Sufi, faktor kesibukan dengan kerjaya seninya membuatkan ibunya terasa, lebih lebih lagi hubungan mereka sebelum ini sememangnya rapat.

0 comment... add one now