Digigit Kucing Peliharaan : Raja Ilya Terpaksa Masuk ICU Buang 12 Ketulan Tumbuh Di badan

Gara-gara digigit kucing peliharaannya, pelakon Raja Ilya terpaksa dimasukkan ke ICU untuk menjalani pembedahan membuang 12 ketulan yang tumbuh dibahagian badan beliau. Ia sebenarnya salah satu kesan sampingan suntikan vaksin yang diterima selepas beliau digigit.


Jelas Ilya, kejadian tersebut berlaku 14 hari sebelum bulan Ramadhan lepas. Ketulan-ketulan itu kelihatan seperti tumor yang tiba-tiba timbul dan keadaan Ilya pada waktu itu agak kronik.
Lebih memeranjatkan lagi, doktor memberitahu peluang beliau untuk hidup pada waktu berkenaan cuma 50 peratus sahaja.
Walaubagaimanapun, selepas  pembedahan dilakukan, Ilya sudah semakin pulih dan kini sudah kembali aktif menjalani penggambaran filem KL Vampire.

Doktor memberitahu ketulan itu disebabkan reaksi vaksin dan kes saya adalah satu dalam sejuta.
Rasa sakit seperti nyawa hendak putus. Syukur saya pulih selepas doktor membuang dua ketulan berisiko tinggi.
Kini saya sudah pulih dan boleh mula bekerja seperti biasa, cuma saya masih perlu menjalani pembedahan kedua untuk membuang baki ketulan dan akan melakukannya selepas selesai penggambaran filem KL Vampire.
Ilya menjelaskan pendiriannya mengunci mulut mengenai keadaan kesihatannya sebelum ini kerana merasakan ia kurang sesuai dengan situasi dihadapi ketika itu.
Saya tidak mahu membesar-besarkan perkara itu. Hanya keluarga terdekat saja tahu masalah ini.
Syukur Raja Ilya tidak apa-apa dan sudah beransur pulih. Bila ambil vaksin kerana digigit kucing memang ada risikonya tersendiri yang kita tidak boleh jangka. Hati-hati ketika membelai kucing ataupun bermain dengan mereka agar tidak kena gigit.

0 comment... add one now