Khamis, 25 Ogos 2016

'Dah Takde Perikemanusiaan...'

Mayat bayi lelaki masih bertali pusat ditemui pekerja pasar raya | Foto dari netizen
PAPAR - Mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir ditemui rentung terbakar dalam kawasan pembuangan sampah di belakang sebuah pasar raya, tengah hari tadi, lapor Berita Harian

Mayat bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai dibuang sebaik saja dilahirkan, berikutan penemuan beberapa kesan tompokan darah pada pintu serta dalam tandas berhampiran pasar raya berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan George Abd Rakman berkata, siasatan awal polis mendapati, mayat bayi malang itu ditemui oleh seorang pekerja pasar raya ketika mahu ke tandas yang terletak di belakang pasar raya. 

"Pekerja itu ternampak objek seperti anak patung. Sebaik diteliti, ia adalah bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa.

"Beberapa bahagian badan mangsa melecur dipercayai akibat aktiviti pembakaran sampah di kawasan itu," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. -

Tiada ulasan:
Write ulasan